“Beritahu menantu kita tu, jangan pakai gelang ada loceng,” ujar ayah kepada emak suatu ketika dahulu supaya menegur menantu barunya yang memakai gelang berloceng. Alhamdulillah, ipar saya itu tidak lagi memakai gelang berloceng.
Ayah juga pernah menegur cucunya yang memakai gelang kaki berloceng. Dan alhamdulillah juga, anak saudara saya itu tidak lagi memakainya. Sememangnya, ayah amat bertegas dalam hal ini.
Saya juga telah menegur adik-adik perempuan di pejabat yang memakai gelang loceng ini (no offence). Bukan suka-suka saya menegur, tetapi ini perintah daripada Rasul sendiri. Jika saya yang telah tahu hukumnya, maka berdosalah saya jika tidak menyampaikan ajaran baginda SAW. Saya tidak mahu menanggung dosa itu. Setelah menegur, terpulanglah kepada iman masing-masing.
Saya kira memang masih ramai perempuan yang jahil dan tidak mengambil berat dalam soal barang kemas berloceng ini. Atau ada juga sudah tahu hukumnya, tetapi sengaja bersikap acuh tak acuh? Wallahua’lam.
Dan saya sendiri, suami pernah menghadiahkan saya seutas gelang yang tiada loceng, tetapi mempunyai aksesori di sekelilingnya hingga menimbulkan bunyi bergerincing seperti loceng, saya terus mencari playar dan mencabut satu persatu aksesori itu (walaupun saya tidak memakainya). Sesungguhnya bunyi sedemikian akan menarik perhatian lelaki lain kalaupun tidak syaitan.
Kepada perempuan-perempuan di luar sana, buangkanlah loceng yang ada pada barang kemas anda itu jika anda benar-benar mahukan rahmat Allah! Sesungguhnya Rasul SAW sangat melarangnya!
Apa pun, saya mahu ingatkan kaum lelaki dalam hal ini, sebagai ketua keluarga prihatinlah apabila memilih dan menghadiahkan barang kemas kepada isteri atau anak-anak perempuan! Andainya ada loceng walaupun saiznya sekecil kacang hijau di sisi keluarga kita, akan terhalanglah malaikat rahmat daripada mendampingi kita sekeluarga. Wallahua’lam.
Petikan hukum di bawah ini saya petik dari laman web Jabatan Agama Islam Selangor:
Hukum memakai gelang kaki dan tangan berloceng
Soalan 11
Apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ?
Jawapan:
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tarmizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng."
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tarmizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng."
Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan.
Dikemaskini (11 Apr 2008 : 09:05 AM)
(SUMBER: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=154&Itemid=47)
1 comment:
Bila baca entry Su ini, akak teringat suatu peristiwa yang berlaku lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu, emak mengadakan kenduri, jadi ramailah saudara-saudara terdekat yang hadir. Salah seorangnya ialah sepupu yang membawa rombongan anak menantu dan cucu-cicitnya.
Ketika sepupu itu melihat anak akak, yang ketika itu usianya belum sampai setahun, dia bertanya sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Akak pun jawab, “Perempuan!” Dalam hati ada sambungan lagi, “Dia tak nampakkah anak aku ni pakai gaun? Ada bunga-bunga lagi!”
Akak bandingkan anak akak tu dengan cucu-cucu perempuannya yang berderet. Yalah, memang tak sama. Badan anak akak kosong saja, badan cucu-cucunya bergayutan dengan pelbagai aksesori – dari subang hinggalah ke rantai kaki berloceng. Oleh sebab dia melihat yang itu, maka dilihatnya anak akak tu macam lelaki saja.
Hendak beli barang-barang kemas seperti itu, akak tak ada duit. Tak ada duit sebab tak pernah budget duit untuk membeli barang kemas. Pernah dapat hadiah satu set barang kemas semasa cabutan bertuah makan malam anjuran syarikat, tapi semuanya sudah tak ada kini, setelah dibuat main oleh anak-anak.
Pernah juga tergoda membeli cincin zhulian setelah dipromosi oleh kakak, tapi cincin itu selalu dilihat bersepah-sepah atas lantai rumah, dibuat main oleh anak-anak.
Ah, betapa rimasnya bila terasa benda-benda tu semua melekat di badan!
Post a Comment