Tuesday, May 25, 2010

AWAS JIKA ANDA PEROKOK!

Saya antirokok, saya amat benci pada asap rokok dan saya amat benci orang yang merokok di tempat awam dan terbuka. Perokok-perokok ini hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang di sekeliling.

Ketahuilah wahai perokok, kami lemas kerana terpaksa menyedut asap rokok yang jijik itu. Sesungguhnya asap itu makanan jin dan syaitan, sedangkan kami ini manusia! Kami tidak makan asap jijik itu. Barangkali engkaulah jin dan syaitannya kerana menghisap asap rokok!

Jika kempen antirokok tidak berkesan, fatwa ulama juga engkau tidak peduli barangkali fakta di bawah ini boleh membuka mata engkau. Jika kita umat Islam amat sensitif dan amat ambil peduli jika makanan dan pakaian kita ada unsur babi, dan kita boleh dan mampu menjauhinya, maka ketahuilah wahai perokok bahawa rokok yang engkau hisap itu juga ada unsur babi. Jadi, mulai sekarang, hentikanlah merokok!

Saya perturunkan sebahagian besar petikan artikelnya yang saya baca di dalam Harakah tidak lama dulu:

The Hague (Belanda): Khabar penting ini wajar dicamkan bagi para perokok yang tidak peduli terhadap fatwa haram merokok. Sebuah penelitian ilmiah mengungkap bahawa daripada seekor jasad babi ternyata dapat diolah menjadi 185 produk, antaranya adalah dalam pembuatan rokok.

Penemuan penggunaan darah babi dalam pembuatan filter (gabus penapis) rokok direkodkan peneliti Belanda, Christien Meindertsma, secara tidak sengaja. Beliau sebenarnya sedang meneliti seekor babi berkod ‘Pig 05049’ di sebuah ladang pertenakan di Belanda.

... Meindertsma meneliti selama tiga tahun semua produk yang dihasilkan daripada seekor babi tersebut. Hasil penyelidikan itu kemudian dibukukan lengkap dengan grafik dan gambar produk, kemudian dihebahkan dalam sebuah pameran.

... Meindertsma mencatat jasad babi itu menjadi 185 produk berbeza! Mulai daripada rokok, cat kenderaan, tembikar, yogurt, kosmetik, kondisioner hinggalah biodiesel.

... Meindertsma mendapat penghargaan Index Award 2009 di atas ketekunan kajiannya. Kajiannya menjadi soal sensitif: terungkapnya 185 produk mengandungi babi yang diharamkan oleh Islam dan Yahudi.


Darah babi dalam filter rokok


Di tempat lain, seorang peneliti di Australia membuat penelitian terhadap rokok yang diduga mengandungi darah babi. Kandungan babi yang diharamkan umat Islam ini ditemui pada filter rokok.


Profesor di bidang Kesihatan Awam, Universiti Sydney, Simon Chapman menunjuk pada penyelidikan terbaru yang mengidentifikasi 185 penggunaan bahagian daripada babi, termasuk dalam pembuatan filter rokok.


Penemuan ini, kata Chapman kepada News.com.au, boleh menggemparkan kelompok Islam dan Yahudi.

... Penemuan ini, kata Chapman lagi, membuka kejelikan industri rokok yang tidak diwajibkan menyatakan komposisi dalam rokok. “Mereka mengatakan, ‘ini bisnes kami dan sebuah rahsia dagang’.”

Darah babi ini, menurut Chapman, setidak-tidaknya ditemui dalam satu jenama rokok dijual di Greece. Darah babi dipastikan diguna dalam pembuatan rokoknya.

Sebuah penyelidikan di Belanda menemui darah babi ini digunakan untuk membuat filter lebih efektif menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke tenggorok.
Ertinya, penemuan ini jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan filter.


Portal berita voa-islam.com (Jakarta) juga mencatatkan akan nasihat seorang ulama, Syeikh Utsaimin untuk para perokok.

Rokok memang belum dikenal pada masa Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Ini kerana rokok dan merokok (dalam bahasa Arabnya: syajai, dukhan, atau tadkhin as-sajaiar) hukumnya secara eksplisit tidak didapatkan dalam nas al-Quran dan As-Sunah. Namun, apakah kemudian Islam tidak boleh menyikapi fenomena rokok dan semacamnya ini?

Nas-nas Kitabullah dan as-Sunah terdiri daripada dua jenis.

Pertama, yang dalil-dalilnya jelas diarahkan kepada sesuatu itu sendiri secara langsung. Misalnya ayat yang bermaksud: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (Al-Maidah: 3)

Kedua, jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perinciangh yang banyak sekali hingga hari kiamat.

Jadi, baik nas-nas tersebut termasuk ke dalam jenis pertama atau jenis kedua, ia bersifat kenescayaan (keharusan) bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pendalilan mengindikasikan hal itu.

Allah Taala menerangkan sifat Nabi-Nya SAW dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dia (Muhammad) menghalalkan bagi mereka yang baik dan mengharamkan yang buruk.” (Al-A’raf: 175)

Maka dari itu, Rasulullah SAW menghalalkan setiap sesuatu yang baik (thayyibat) dan mengharamkan setiap yang buruk (khabaits), baik makanan, minuman, pakaian, pernikahan dan lain-lain.

Maka dari itu, Rasulullah SAW menghalalkan setiap sesuatu yang baik (thayyibat) dan mengharamkan setiap yang buruk (khabaits), dan rokok masuk dalam kategori yang buruk atau khabaits disebabkan merokok membahayakan physique dan mendatangkan bau yang tidak sedap. Sedangkan Islam adalah (agama) yang baik, tidak memerintahkan kecuali yang baik.

Seyogianya bagi seorang Muslim untuk menjadi orang yang baik. Ini kerana sesuatu yang baik hanya layak untuk orang yang baik. Dan Allah Taala adalah Maha Baik tidak menerima kecuali yang baik. –voa-islam.com


FATWA: ISLAM HARAMKAN ROKOK
Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
  • Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
  • Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain-lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)

Perlu ditambah sebab KESEBELAS
11. Rokok mengandungi zat babi (ini ditambah oleh penulis entri ini)

SILA KLIK SINI.

Wallahu'alam

Thursday, May 13, 2010

THE CONTRASTING WORLD WE LIVE IN

Dipetik daripada e-mail yang diterima ... hayatinya dan fikir-fikirkan!
Every Human Must See These Photos ...






BALANCE FOOD DUMPED ON THE SOIL AFTER THE PARTY



ONE PART OF THE WORLD WASTING THE FOOD
ANOTHER PART OF THE WORLD DOESN'T HAVE FOOD TO RUN THEIR LIVES


















Tuesday, May 4, 2010

EVOLUSI MINAT

Dulu budak ni memang peminat Ultraman yang tegar. Patung Ultraman dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar saiz badannya sendiri. Patung-patung ini bukan dibeli pun, sebab tak mahu galakkan, tapi ada pula orang yang menghadiahkannya.







Itu cerita setahun dua lalu . . . .


Dulu permainan set kereta api ini dia tidak berapa pandang. Yang ini memang dibeli. Tetapi minatnya pada set mainan ini hanya pada mula-mula beli. Lepas tu keterujaannya merosot. Namun, apabila usianya menginjak lima, patung Ultraman dilempar. Ultraman yang paling besar pun dah terpenggal kepalanya. Sekarang set kereta api ini mula mendapat perhatian semula.






Kesimpulan:

Minat, selera, cita rasa setiap manusia sentiasa berevolusi mengikut peredaran masa sehinggalah hayat kita kembali kepada-Nya. Transformasi iman sepatutnya berevolusi begitu juga, daripada gred C kepada gred C+, B-, B, B+, A-, A, A+, dan seterusnya A++ !

Kita impikan syurga, tetapi kita tidak berusaha ke arah itu.

Wallahualam!