Tuesday, May 4, 2010

EVOLUSI MINAT

Dulu budak ni memang peminat Ultraman yang tegar. Patung Ultraman dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar saiz badannya sendiri. Patung-patung ini bukan dibeli pun, sebab tak mahu galakkan, tapi ada pula orang yang menghadiahkannya.







Itu cerita setahun dua lalu . . . .


Dulu permainan set kereta api ini dia tidak berapa pandang. Yang ini memang dibeli. Tetapi minatnya pada set mainan ini hanya pada mula-mula beli. Lepas tu keterujaannya merosot. Namun, apabila usianya menginjak lima, patung Ultraman dilempar. Ultraman yang paling besar pun dah terpenggal kepalanya. Sekarang set kereta api ini mula mendapat perhatian semula.






Kesimpulan:

Minat, selera, cita rasa setiap manusia sentiasa berevolusi mengikut peredaran masa sehinggalah hayat kita kembali kepada-Nya. Transformasi iman sepatutnya berevolusi begitu juga, daripada gred C kepada gred C+, B-, B, B+, A-, A, A+, dan seterusnya A++ !

Kita impikan syurga, tetapi kita tidak berusaha ke arah itu.

Wallahualam!

6 comments:

Mynie said...

Wow, besarnya Ultraman - sama besar dengan si anak!

SURAIYA PAUZI said...

Betul mynie, besar menyemakkan rumah je. Ada 3 ekor lagi ... sabor je

suzzsuzie said...

tak apa simpan pun...kenangan tu bila dah besar nanti......

Kamariah Kamarudin said...

entri yang menarik. wah, dah besar "hero" Puan Suraiya!

Nanie Khairani said...

Wahh besarya ultraman tu.. kat mana ye nak cari ultraman yang besar tu eh? saya sekarang pun tengah cari jugak. :)

SURAIYA PAUZI said...

Nanie,

Kat Nilai 3 atau Nilai Square banyak benda nih.