Sunday, December 21, 2008

INSAFKAH AKU?

Sejak menyunting manuskrip tulisan Hajah Rohani tentang peri pentingnya mempunyai ilmu pengurusan kewangan, saya jadi insaf (entah berapa lama 'insaf' saya itu dapat bertahan). Saya duduk termenung mengenangkan betapa sudah banyak duit dibazirkan entah ke mana!
Lalu azam tahun baru Hijriah yang bakal tiba ini, saya akan berusaha untuk cuba lebih berhemat dalam perbelanjaan. Tiada apa yang dapat diwariskan kepada anak jika masih meneruskan tabiat lama...cuba mendisiplinkan diri. Memang susah hendak mendisiplinkan diri lebih-lebih lagi sejak syarikat tempat saya bekerja berpindah ke premis baru yang saya kira 'agak terpencil' dari bank. Maka duit gaji berada di tangan lebih lama daripada biasa...dalam tidak sedar senang sahaja mengalir deras bagai air terjun Niagara sepanjang berada di tangan sebaik di keluarkan dari ATM. Jika di pejabat lama, sebaik keluar dari ATM, sebahagian besar terus dimasukkan ke akaun bank simpanan yang 'selamat' di bank berdekatan.
Aduh... inilah cabaran! Moga Allah beri kekuatan kepada saya. Dalam pada itu saya sering bertanya pada diri sendiri, "Insafkah aku dengan sebenar-benar insaf?" I doubt it!

2 comments:

Kamariah Kamarudin said...

Aduhai
sekarang mega sale seluruh negara; memang tidak dapat tidak nak berjimat kerana barang2 yang ditawarkan lumayan diskaunnya yang tidak kita peroleh pada jualan biasa. Kami baharu sahaja membeli barangan keperluan untuk tahun baru 2009/1430 di Sogo semalam...macamana agaknya nak kekang nafsu daripada terpikat dengan jualan hebat hujung tahun, entahlah.

SURAIYA PAUZI said...

Nanti belilah buku KE MANA WANG ANDA? Sudah dapat pun ISBNnya. Insya-Allah akan hadir keinsafan (kalau tak byk, sikit. Kalau tak lama insaf, sekejap pun jadilah). Kita sebenarnya berpotensi jadi jutawan, cuma kita sahaja yang melepaskan peluang itu!