Sebuah ‘masterpiece’ terbaru daripada Jeffrey Archer. Menjadi bestseller di seluruh dunia. Di MPH, novel ini menjadi topseller kira-kira selama dua bulan. Sudah lama saya teringin membacanya. Berkali-kali saya membaca ulasannya di internet. Kesemua ulasan yang diutarakan memuji karya terbaru Archer ini. Ekoran daripada itulah satu entry saya sebelum ini menyentuh tentang kehebatan karya-karya Archer.
Akhirnya saya berjaya membacanya seusai kakak saya membaca entry saya itu. Rupa-rupanya dia lebih dahulu membacanya. Memang kami peminat karya Archer, malah kakak saya dulu lebih mengenali karya Archer. Kakak saya telah meminjamkan saya A PRISONER OF BIRTH dari Perpustakaan UM (hard cover, besar dan tebal).
Dek kerana saiznya yang sedemikian, maka agak lembap saya menghabiskannya kerana tidak dapat bertahan lama apabila memegang naskhah itu sambil berbaring sewaktu menidurkan anak...lenguh!
Akhirnya saya berjaya membacanya seusai kakak saya membaca entry saya itu. Rupa-rupanya dia lebih dahulu membacanya. Memang kami peminat karya Archer, malah kakak saya dulu lebih mengenali karya Archer. Kakak saya telah meminjamkan saya A PRISONER OF BIRTH dari Perpustakaan UM (hard cover, besar dan tebal).
Dek kerana saiznya yang sedemikian, maka agak lembap saya menghabiskannya kerana tidak dapat bertahan lama apabila memegang naskhah itu sambil berbaring sewaktu menidurkan anak...lenguh!
Apabila nama author lebih besar daripada judul buku, ertinya penulis itu sangat masyhur! Kalau tak percaya pergi tinjau buku-buku di kedai buku yang besar-besar.
Kemudian saya mendapat SMS daripada kakak saya mengatakan dia berada di MPH, bertanya mahu atau tidak dia tolong belikan novel A PRISONER OF BIRTH naskhah paperback. Saya menyuruhnya beli...(mental note, saya masih berhutang dengannya sebanyak RM36.90).
Naskhah paperback ini saya habis membaca dari awal ke akhir dalam masa tiga hari. Ini bererti komitmen terhadap ‘suasana’ di dalam rumah susut beberapa peratus. Kain tidak berlipat menimbun dua gunung. Sinki dapur penuh dengan perkakas dapur yang tidak berbasuh. Rumah tidak ubah umpama tongkang pecah kerana ralit dan asyik mahsyuk dengan A PRISONER OF BIRTH, lebih-lebih lagi pada klimaks cerita yang mengundang debar dan rasa ingin tahu yang meluap-luap apa yang akan terjadi seterusnya pada watak antagonis dan protagonis. Saya membacanya di dalam gelap (kerana tidak memasang lampu takut anak terjaga tidur) dengan menggunakan lampu suluh yang ada pada telefon selular saya.
MPH mengkategorikan A PRISONER OF BIRTH dalam genre fiksyen ‘crime & mystery’. Sungguh bijak Archer membina watak dan plot. Saya menyetujui pandangan peribadi kakak saya yang menyifatkan karya Archer seperti karya Hamka (kalau di Nusantara ini!). Bezanya cuma Archer bukanlah ulama unggul! Hamka sememangnya ulama hebat yang sukar dicari ganti!
79 bab dengan ketebalan 615 halaman...dibahagikan kepada book one (THE TRIAL), book two (PRISON), book three (FREEDOM), book four (REVENGE), book five (REDEMPTION) dan book six (JUDGEMENT)...pasti saya akan ‘mengunyah’ semula novel ini!
3 comments:
Ya, sememangnya A PRISONER OF BIRTH boleh dikategorikan sebagai sebuah karya agung sepanjang zaman.
Long live Lord JEFFERY ARCHER.
saya meminati buku-buku tulisan jeffrey archer, tapi kurang teruja sebelum ini untuk membaca buku a prisoner of birth ini, sebab saya sangka ia sebuah 'law thriller' yang saya kurang gemar. lagi pun, kisah dua watak utama yang berbeza latarbelakang persis buku lama beliau 'kane and abel'. tapi setelah membaca review ini, saya tukar fikiran - saya harus cari dan baca segera! terima kasih kerana berkongsi :)
saya sudah menerjemahkan novel itu 2009 di Gramedia. Memang bagus.
Post a Comment