Saya pernah ditanya oleh seorang kawan, "Engkau kalau nak ke mana-mana pakai seluar atau baju kurung?"
"Tengok keadaan dan tempatlah," jawab saya.
Zaman dulu sehingga awal kemasukan saya ke kampus, saya lebih gemar berbaju kurung. Lama-kelamaan apabila sering perlu berkejar ke sana ke mari dan perlu sentiasa bergerak pantas, saya kerap mengenakan seluar.
Antara memakai baju kurung dan seluar ada pro dan kontranya.
Yang paling ketara sekali kelebihan baju kurung atau skirt labuh adalah apabila masuk ke tandas. Ia lebih praktikal kerana kain diangkat naik dari bawah ke atas. Sebaliknya jika berseluar ia perlu diturunkan dari atas ke bawah. Jika tidak berhati-hati dan lantai pula basah, silap hari bulan, kaki seluar basah terkena air di lantai. Lebih-lebih lagi jika seluar kita itu diperbuat daripada material yang licin, mudah sangat ia melorot ke bawah. Terkadang menimbulkan waswas apabila hendak solat ... bersih ke tidak?
Itu antara jawapan saya kepada rakan itu.
"Habis tu orang lelaki macam mana ek hari-hari pakai seluar pergi kerja? Nak duduk atas 'toilet' kena buka seluar ... ." Mula menerawang jauh fikiran sahabat saya itu, entah apa yang dibayangkan di dalam kepalanya.
"Alaaa ... majoritinya kencing berdiri, percayalah. Tak susah mana nak buka seluar kalau setakat kencing berdiri." Itu jawapan saya.
Jika tidak kerana majoriti lelaki kencing berdiri, masakan disediakan mangkuk-mangkuk tandas untuk kencing berdiri di dinding ruang terbuka tandas awam? Bagi sesiapa yang tiada perasaan malu dan tidak kisah kalau tidak bersuci selepas membuang air kecil, silakanlah ...!
Tolak ke tepi bagi lelaki bukan Islam, lelaki Islam pun ramai yang kencing berdiri sengaja mengundang laknat Allah. Tidak hairanlah antara sebab seseorang itu mendapat seksa kubur adalah apabila terlekat najis pada dirinya.
Risiko untuk percikan kencing terkena pada pakaian amat tinggi apabila kencing berdiri. Maka itu tiap kali anak saya hendak membuang air kecil, saya berpesan supaya dia duduk bukan berdiri. Terkadang terpaksa meninggikan suara apabila dia terlupa.
Bagi anda yang perempuan, bagaimana? Memilih seluar atau baju kurung?
1 comment:
Saya pun sama, baju kurung atau berseluar bergantung kepada keadaan. Kalau pergi kerja, suka pakai baju kurung sebab duduk depan komputer je biasanya. Tapi kalau keluar yang memerlukan banyak berjalan, contohnya pergi hypermarket beli keperluan rumah, seluarlah jadi pilihan.
Post a Comment