Thursday, July 28, 2011

SEMALAM & MALAM TADI


SEMALAM

Semalam program Pra-Ramadan di pejabat ada slot kuliah agama. Pengisiannya agak bagus, disampaikan oleh seorang ustaz muda. Lazimnya pada sesi majlis ilmu sedemikian saya akan tunggu sehingga tamat kerana berada dalam majlis ilmu ertinya kita berada di bawah sayap malaikat dan Allah pula menebarkan rahmatnya kepada sesiapa yang duduk mendengarnya.

Saya lazimnya amat fokus pada ilmu yang disampaikan. Tidak pernah saya berasa mengantuk walaupun ada di kalangan rakan-rakan tersengguk-sengguk. Pun demikian, sesi kuliah semalam mengundang kantuk yang amat sangat. Nak dikatakan disebabkan mengantuk makan nasi talam kukus sejurus sebelumnya tidak juga, kerana berapa suap sangat yang saya telan. Selebihnya dihabiskan oleh dua anak dara dan seorang mak dara.

Saya cuba untuk bertahan duduk di dalam majlis dan tidak terlelap. Hadis tentang puasa yang disampaikan ustaz berlalu bagai angin lalu. Kerana tidak tahan, lantas saya bangun terpaksa meninggalkan majlis sebelum saya tersembam di lantai surau dan memalukan diri sendiri. Beberapa orang rakan sepejabat juga saya lihat sudah ada yang berdengkur.

Rumusannya, saya mengantuk bukan sebab ilmu yang disampaikan, kuliahnya memang bagus, cuma gaya penyampaian ustaz yang agak konvensional itu yang tidak dapat saya serap dan cerna. Saya kira ini bahana kerana sebelum ini saya lebih kerap menghadiri kuliah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang tahap 'keotaian'nya adalah tinggi.

Alhamdulillah, kuliah sepanjang Ramadan di pejabat nanti, nampaknya akan disampaikan oleh ustaz-ustaz otai. Ini berdasarkan senarai nama-nama ustaz yang telah dipaparkan di papan kenyataan pejabat. Harapnya tidak bertukarlah ustaz-ustaz itu.


MALAM TADI

Jika ke rumah Emak Ayah, maka berpeluanglah dalam seminit dua untuk saya menonton TV. Maka sempatlah menonton sebentar berita yang terudara.

Berita malam tadi cukup mengganggu emosi saya.

Seorang pemuda Cina dikenakan hukuman kerana menzalimi kucing. Perbuatannya dirakam oleh CCTV. Diterajang, dipijak, dipukul dan dibaling ibu kucing dan anaknya hingga mati. Tetapi hukuman yang dikenakan tidak sepadan dengan perbuatan zalimnya.

Jika di US atau di mana-mana negara Barat, pasti dia akan menerima hukuman yang sangat berat. Kalau setakat denda empat, lima ratus ringgit, apalah sangat!

Manusia hari ini hanya manusia dari segi lahiriah sahaja. Hakikatnya, tindak-tanduk persis iblis dan syaitan. Hilang sudah perikemanusiaan dan 'perikebinatangan'.

Renyuk barangkali kalbu Abu Hurairah r.a. andai dia masih hidup dan dapat menyaksikan perbuatan pemuda Cina itu!

Pic: Petr Kratochvil

4 comments:

intan said...

kat opis aku, hari ni tengahari, dah start ceramah sempena bulan Ramadhan. insyallah, aku akan berusaha utk join sekali. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Sue. Semoga Ramadhan kita kali ini memberi seribu satu keinsafan, keberkatan dan kenikmatan dalam beribadah kerana Allah s.w.t....insyaAllah.

pasal org2 yg xde perikemanusiaan dan 'keperibinatangan' ni lama dah aku anti...lama dah jugak aku marah pasal undang2 dan hukuman yg tidak setimpal langsung yg dikenakan kpd org2 zalim kat Malaysia. Kesimpulannya, Government have to take ACTIONS about animal abuse. Animal is one of the essential of life. STOP ANIMAL ABUSE!

SURAIYA PAUZI said...

Intan,

Sama2 kita. Amin

abglilkv said...

Orang yang mendera kucing adalah orang yang sakit mental, jiwa kacau. Sepatutnya kucing boleh menenangkan jiwa raga dia dan manusia lain.

Selamat menadah telinga dalam kuliah ramadan. Moga ilmu masuk ke sanubari dengan penuh keberkatan. Amin

SURAIYA PAUZI said...

Sakit mental tahap kronik diorang ni.