Pada kesempatan ini, saya merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo' L'o, Ahli Parlimen Titiwangsa yang kembali ke rahmatullah malam tadi.
Sudah lama saya mendengar beliau menghidap kanser. Cuma barangkali kerana beliau sibuk menabur bakti untuk masyarakat dan agama, kita tidak nampak beliau sakit. Malah kesibukan itu juga barangkali menjadi terapi yang memberi kekuatan kepadanya.
Tahun lalu, Allahyarhamah sempat merasmikan temasya sukaneka tadika anak saya, Tadika Hasanah. Ketika itu wajahnya cukup ceria dan bersih, sedikit pun tidak nampak kesakitan dan penderitaan yang ditanggung.
Dalam ucapan perasmiannya, Dr Lo'Lo' berpesan kepada ibu bapa dan hadirin supaya memberi didikan Islam secukupnya kepada anak-anak, ajarkan mereka solat supaya sebati dengan hidup. Akan saya ingat pesanannya hingga bila-bila, insya-Allah.
Ya, Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, dan tempatkannya bersama roh para solihin, amin.
2 comments:
Istilah 'Allahyarhamah'yang sering digunakan oleh masyarakat kita (termasuk DBP)adalah salah dari segi tatabahasa Bahasa Arab.
http://groups.yahoo.com/group/jimtl/message/529?unwrap=1&var=1
http://alamkekal.blogspot.com/2005/05/nota-khas-allahyarhamah-lazim.html
Memang pun ... tepatnya "Allahyarhamuha atau atau Allahyarham atau Almarhumah", tapi tulahkan, dah sebati dgn bahasa Melayu. Sebenarnya byk lagi adaptasi bahasa asing ke bahasa Melayu yang kurang tepat, tapi kita terima pakai juga.
Post a Comment