Saturday, September 18, 2010

TAK FAHAM

Saya kononnya bercadang hendak mula berpuasa enam tiga hari lalu, tapi kerana tiga biji ulser yang besar-besar di dalam mulut, terpaksalah ditangguh dahulu kerana perlu berkumur dan perlu kerap menyapu ubat yang dibekalkan doktor.

Saya meneliti tulisan pada ubat kumur yang sebenarnya ubat kumur untuk sakit tekak, bunyinya begini:

Amaran: Jangan telan cecair ini. Jangan guna jika terdapat ulser mulut yang serius.

Aik! 'Jangan guna' kalau ada ulser ... isk tak faham aku. Doktor pula memberi arahan berlainan. Tapi apabila menggunakannya memang melegakan sakit.

Saya meneliti pula tulisan pada ubat sapu ... saya langsung tidak faham bahasa ubat-ubatan ini. Terlalu panjang untuk dimuatkan di sini. Tak bolehkah digunakan bahasa yang mudah agar difahami pesakit?



2 comments:

armouris said...

info tentang ulser mulut di SIHAT SELALU - Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah

Intan said...

salam, sue...
tentang ubat, begitulah pengalaman aku juga bila teliti isi kandungan dan arahan2 yg ada dalam kotak ubat.
walaupun, mak abah aku pencen kementerian kesihatan, kekadang mereka pun 'lost'.
delima diantara mendengar arahan doktor dan maklumat pada kotak ubat.
pengakhirannya, mak aku akan cakap, doa ajelah pada allah swt bila makan ubat tu, sbb yg sembuhkan penyakit cuma Dia, ubat tu ikhtiar aje :)
semoga kau cepat sembuh utk meneruskan ibadah bulan Syawal lak.