Minggu-minggu terakhir sebelum berlangsungnya PESTA BUKU ANTARABANGSA (17-26 April 2009) di PWTC ini merupakan waktu yang sangat sibuk bagi penerbit dan kilang cetak.
Bagi kami di Galeri Ilmu, keadaannya begitulah. Kesibukan yang melampau! Hinggakan saya tidak begitu pedulikan rakan-rakan di sekeliling melainkan mereka yang terlibat secara langsung dengan proses penerbitan buku.
Menyunting dan membaca pruf buku ... ialah suatu tugas yang berat lebih-lebih lagi pada waktu yang sangat kritikal ini (sudah masuk ICU!) Mata yang sudah sedia rabun ini, rasanya bertambah rabun (company patut sediakan peruntukan untuk tujuan ini – untuk buat pemeriksaan mata dan cermin mata).
Makan minum pun di celah-celah waktu kerja.
Pen merah yang digunakan untuk pembetulan pruf di galei habis dakwatnya. Saya sudah menggantikan yang baru.
Pen merah baru.
Meja editor (khasnya meja saya dan Pak Ya) sudah tiada rupa meja dek timbunan material kerja. Saya pernah terlibat beberapa tahun dalam proses penerbitan majalah, namun stres dan tekanannya tidak sebegini (buat majalah masih ada ruang untuk bernafas tenang walaupun kritikal).
Ahad 29/3 – Saya selesai membaca pruf galei RINDU BAU POHON TIN tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil a.k.a Abu Saif (Saifulislam.com). Saya lakukan dicelah-celah kesibukan menguruskan rumah tangga hinggakan anak sedikit terabai. Anak jadi mangsa kemarahan saya kerana stres. Rumah tangga yang sememangnya sudah lintang-pukang, bertambah lintang-pukang. Sungguh! Kalau boleh saya tidak mahu lagi membawa pulang kerja ke rumah kerana bagi saya di rumah ialah waktu untuk kita habiskan bersama keluarga! Waktu selepas pejabat ialah waktu yang sangat berharga untuk kita habiskan kepada urusan lain. Berdosanya kita kerana merompak waktu yang sewajibnya menjadi hak anak dan rumah tangga!
Saya sambung lagi membaca pruf hingga ke dinihari, hingga sakit otot di leher dan bahu yang saya alami sejak tiga tahun lalu bertambah sakit. Pusing kepala ke kiri dan kanan pura-purakan tidak sakit. Ubat yang sering dibekalkan doktor sudah tidak ada makna! Sudah mangli barangkali.
Semalam (30/3) saya juga baru selesai menyunting satu lagi manuskrip Ustaz Hasrizal AKU TERIMA NIKAHNYA 2 – BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. Inilah yang bahan terakhir saya sebelum tiba Pesta Buku.
Meja penuh dengan galei JUARA MUDA (4 buah) & manuskrip AKU TERIMA NIKAHNYA 2
Doa saya moga kesemua buku sempat dicetak untuk Pesta Buku nanti. Saya juga berdoa agar tahun depan proses menerbit buku sudah ada hala tujunya, tidak berulang kesibukan seperti tahun ini. Saya turut bersimpati dengan artis grafik yang terpaksa juga membawa pulang kerja ke rumah untuk disiapkan. Simpati saya kerana mereka semuanya sudah punya keluarga yang mengharapkan perhatian.
Kepada semua penulis, ampun maaf jika masih ada 'error' dalam buku anda yang mungkin terlepas pandang dek kerana waktu yang suntuk! Tidak punya waktu untuk menyemaknya dengan terperinci.
Sesungguhnya warga kerja walau di organisasi mana sekalipun berhak punya waktu untuk bersama sekeluarga setiap hari biarpun fitrah kerja kita memerlukan komitmen yang tinggi!
Komitmen kerja tetap komitmen, namun komitmen kepada keluarga kita tetap nombor satu. Tiada siapa yang berhak merampas haknya melainkan Allah SWT!
Ini ketika sibuk membaca pruf galei SIRI MARI MENEROKA ALAM HAIWAN (10 buah) beberapa bulan dulu.
7 comments:
wah sibuknya.. maklumlah, big event yang setahun sekali.. all the best! (lepas pesta buku, ambil cuti rehat untuk qadha waktu bersama keluarga hehe)
Kadang-kadang bila mengejar 'deadline', fokus juga akan tersasar. Bulan dan bintang seperti menari-nari di depan mata. Takpalah lepas ni, amik cuti.. Cuti-Cuti Malaysia..
aina:
Memang lepun. TQ for pointing out the error!
Mynie:
Ya lor ... huwaaaaaa...waaaa...
Assalamualaikum.
Saya berhutang dengan anak-anak saya dan anak-anak puan :)
Assalamualaikum WBT.
Aduh... saya berhutang dengan anak-anak saya, juga anak-anak puan!
Moga dipermudahkan Allah...
Semoga manuskrip ATN2 dan Rindu Bau Pohon Tin tidak mengandungi terlalu banyak kesalahan yang meletihkan editor. Kena kuat lagi kempen penjagaan bahasa kepada bloggers nampaknya... :)
Salam Ustaz Hasrizal,
Alamak segan pula ustaz menjengah masuk ke blog ini yang tak seumpamanya...
Salam sekali lagi Ustaz,
Ustaz tak berhutang apa-apa cuma pengurusan kami di sini yang kelam-kabut, hal-hal teknikalnya. Kita yang manusia buat setakat yang terdaya.
Cuma nanti bolehlah kiranya autografkan dua-dua buku Ustaz tu besar-besar untuk saya buat kenangan! Heee ;)
Post a Comment