“Air-syo-wo,” kata anak saya setiap pagi saya memandu untuk menghantarnya ke tadika. “Air-syo-wo,” katanya lagi diiringi dengan gelak. Saya perasan setiap kali dia menyebutnya dia akan ketawa.
“Hah…apa dia, Ammar?” soal saya.
“Air-syo-wo.”
“Alaa, sorrylah. Mak tak faham. Cakap lagi sekali.”
“AIR-SYO-WO.” Makin tinggi nadanya.
“Adulaaa…Mak tak boleh nak fahamlah, Ammar.”
“AIR-SYO-WOOO…eeee Mak niii…” Dia mula meradang.
Ketika saya membelok ke simpang menuju tadikanya. Sekali lagi dia menyebut, “Air-syo-wo,” tangannya menuding ke radio kereta, “ni Mak, air-syo-wo.”
Saya kemudian tergelak kerana baru dapat menangkap maksudnya, “I follow,” tag line Sinar Pagi kendalian tiga DJ popular dan semakin popular dan semakin ramai pengikut yang follow—Krill, KE dan SY.
Kepada mereka bertiga, terima kasih DIUCAPKAN kerana menceriakan suasana pagi pengguna-pengguna jalan raya setiap hari, termasuklah anak saya Ammar Hadi. Memang tak kering gusi!
2 comments:
La... "I follow" ke? Ingatkan air ape la tadi.
Namanya Ammar ni sama dengan nama satu-satunya anak saudara saya, dah setahun dah. Namanya Ammar Zafran... dah cari dah maknanye tapi lupa.
Apepun saya memang suka sgt ngan budak-budak. Kekadang tu bad mood pun tengok muka mereka yg comel, buat kite lupe pulak kita ada masalah. Malah banyak yang boleh dipelajari dari interaksi dengan mereka. Banyak inspirasi.
Maha Suci dan Agungnya Allah yang menganugerahkan kita dengan kurniaannye, agar kita berfikir. Che-wah (bahasa kelate).
Che wah is a standard expression, not bahasa kelantan. Used by all! Kelantanese myself, therefore i know!
Post a Comment