Wednesday, March 18, 2009

PENAT, LESU & LONGLAI

Penat dan sangat letih (mental dan fizikal). Itulah yang sedang saya alami. Saya percaya rakan-rakan sejawatan di Jabatan Buku pun sama.

Bahang Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 17-26 April 2009 di PWTC semakin terasa. Kami sedang giat mengejar jadual penerbitan yang semakin menghimpit.

Lesu ... sebaik tiba di rumah.

Saya semakin longlai apabila bahan yang sedang disemak ‘hilang’ entah ke mana. Itulah yang terjadi pada bahan semakan UNTUKMU WANITA.

Beberapa bab sudah siap saya sunting di pejabat. Kemudian menyambungnya semula di rumah—hanya boleh dilakukan apabila anak sudah tidur pada lewat malam (tanpa gangguan).

Saya bersengkang mata hingga hampir dinihari. Beberapa bab sudah langsai. Hinggalah jeritan anak dari tingkat atas yang terjaga dari tidur menyedarkan saya waktu yang berlalu.

Lantas saya mengemas dan menyimpan lap top, thumbdrive, dan galei UNTUKMU WANITA ke dalam beg sebagai persiapan menyambungnya lagi di pejabat.

Sewaktu bersiap hendak ke pejabat, saya memeriksa untuk memastikan yang ‘everything is in order.’ Tiba-tiba ...

“Eh, ke mana pula thumbdrive aku ni,” hati saya berbisik. “Ya, Allah. Janganlah hilang! Tak larat nak ulang buat kerja yang sama.”

Puas saya mencari di tingkat atas dan bawah, malah dalam bakul berisi pakaian kotor pun saya selongkar semuanya satu per satu. Semalamnya saya pasti dan saya yakin telah memasukkannya ke dalam beg.

“Allah …” Saya menepuk dahi sambil berselawat berkali-kali. Mana tahu berkat selawat akan terjumpa. Pada waktu yang sama terpaksa melayan kerenah anak.

Waktu sudah lewat untuk menghantar anak ke tadika dan untuk saya ke pejabat. Saya berhenti mencari.

Tiba di pejabat, sebaik En. Wan Azmin (bos saya) masuk, terus saya masuk berjumpa dengannya mengadu masalah.

“Saya tak sanggup dah nak ulang edit benda yang sama. Letih sangat, tak larat dah ...” adu saya.

Jalan penyelesaiannya, saya perlu meneruskan baki bahan yang belum disemak. Sambil-sambil itu, mencari thumbdrive yang hilang.

Saya juga SMS suami yang masih ada di rumah, “If u hapn 2c my thumbdrv anywhr, pls keep it somwhr safe. My work’s in it.” SMS saya itu ‘pending’ untuk sekian lama hinggalah terpapar di LCD telefon selular saya: Undelivered! Sabar je ...

Dalam sejarah saya mengedit bahan, rasanya inilah pengalaman yang paling meletihkan kerana bahan yang perlu disunting itu ‘berat’ dan di beberapa tempat kandungannya bernada akademik ditambah pula dengan banyaknya petikan ayat suci dan hadis bersama terjemahan.

Memandangkan waktu yang semakin suntuk, saya hanya ‘menyunting ringan’ ala kadar bahan tersebut. Andai masih ada waktu, dapatlah beri lebih tumpuan. Apa boleh buat, dah tak ada masa!

Hari ini En. Wan menjengah dari belakang saya, “Macam mana Su, okey? Boleh buat?”

Saya menyengih pahit, “Buat apa yang termampu aje …”

“Ada tu kat mana-mana. Balik cari. Kat ruang tamu ke, bawah meja ke ...” ujarnya lagi nak menyedapkan hati.

“Ameen,” jawab saya dalam hati.

Harapnya lepas Pesta Buku nanti saya dibenarkan bercuti beberapa hari untuk menghilangkan lelah kerja. Khuatir juga takut penyakit lama saya yang berkait dengan hati berulang lagi hingga menghidap jaundis! (Jasad manusia perlu direhatkan pada malam hari agar hati dapat menjalankan fungsi dengan baik, menyingkir segala toksin dalam darah) dan tak kuasa untuk habis beribu-ribu ringgit lagi untuk mengubatinya.

MORALNYA: Copy bahan ke dalam hardrive jika mahu selamat (sebagaimana kelaziman saya buat, tetapi dek kerana mahu segalanya cepat, inilah jadinya).

4 comments:

Anonymous said...

nasihat saya yg tak seberapa; bertaubat lah drpd DIGI & bertukar lah kpd CELCOM.

SURAIYA PAUZI said...

celcom pun dah ada gak En. Usop

Anonymous said...

Alhamdullilah, bagus pengajaran ini. Ayah saya ada suruh saya simpan kerja saya (novel) dalam CD, sbg back-up. Pendrive mudah sgt masuk virus, computer pun sama gak. Pikir2 jugak, kalu kena, nyesal tak sudah.

Baru semalam burn chapter 15, tapi harap2 la tak perlu guna back-up tu.

Oh, baru je baca pasal perlu rehat pada waktu malam, nampaknye hari ni tidur awal sikit.

Apepun harap dijumpa juga pendrive yg hilang tu. Amin.

SURAIYA PAUZI said...

Fiel,
Teringat kisah yg diceritakan pensyarah saya dulu semasa dia di US. Kawannya sedang khusyuk menyiapkan tesis PhD. Dia tak save pun. Confident je takkan ada yg buruk berlaku. Bila kawan2 nasihat supaya save, "Mana tau kot black out ke tiba2".
"Dia jawab dgn angkuh, "Ini US lah. Takkan black out, negara maju."
Elok je dia cakap gitu. Terus black out. Padan muka. Menangis tak berlagu. Ph.D final chapter pula tu.
Moralnya: Jangan riyak, jangan angkuh. Allah tak suka.