Thursday, November 3, 2011

MENANGANI SALAH FAHAM AGAMA DALAM BERAMAL

Tidak sabar rasanya menunggu kelahiran majalah baru terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Q&A itulah nama majalah tersebut. Jika ditanya, mengapa tidak sabar? Bagi saya, kerana para kolumnis/penulisnya terdiri daripada para ulama dan pendakwah hebat lagi tersohor di tanah air kita.

Sidang editorial Q&A di Jabatan Penerbitan kini sedang bertungkus-lumus dan bekerja keras bagi memastikan penerbitannya berjalan lancar dan menjadi realiti, insya-Allah.

Q&A diterbitkan bagi menangani salah faham agama dalam beramal. Pelbagai fahaman dan amalan songsang dalam beragama kini semakin menular di Malaysia ini: Syiah, Wahabi, dan bermacam ajaran sesat.

Ajaran-ajaran ini semakin hari semakin menyesatkan umat Islam di negara ini. Jika tidak ditangani dan dibendung, tidak mustahil umat Islam Malaysia yang bertaklidkan Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaa'ah bakal terancam (tepatnya sedang terancam kini).

Maka itulah, lahirnya majalah Q&A ini yang insya-Allah akan terbit sedikit masa lagi.

Teringat pada kisah yang Ayah saya ceritakan. Pada suatu hari seorang hamba Allah berdialog dan mencabar Ayah saya. Hamba Allah ini mentalitinya nampak cenderung ke arah fahaman Wahabi. Dia mempersoalkan tentang banyaknya amalan umat Islam hari ini yang bidaah, tidak disuruh oleh Allah dan Nabi SAW. Itu ini bidaah.

"Bidaah," katanya. "Tak ada dalam al-Quran," ujarnya lagi. Menurutnya banyak zikir dan doa termasuk yang ada dalam al-Ma'thurat itu adalah bidaah dan tidak wajar kita amalkan. Baginya, apa yang tidak diajar dan diperintah oleh Allah melalui al-Quran semuanya adalah bidaah.

Sebagaimana yang kita maklum dan faham, bidaah itu ada yang elok dan tidak elok. Yang elok itu dinamakan bidaah hasanah. Harus kita amalkan. Bidaah yang nyata salah, hendaklah ditinggalkan.

Lalu Ayah saya menjawab dengan pertanyaan kepada hamba Allah ini, "Kamu kalau demam, macam mana nak buat?"

Jawab hamba Allah ini, "Saya makan Panadol."

Jawab Ayah saya, "Pasal apa makan Panadol? Bukankah di dalam al-Quran Allah tidak menyuruh kita makan Panadol bila sakit? Tidak bidaahkah?"

Kantoilah hamba Allah ini, lalu terdiam.

Pengajarannya, kalau ilmu agama cetek jangan mencabar orang yang lebih berpengetahuan. Dan kalau ilmu kita juga cetek, jangan cuba-cuba menyahut provokasi orang berfahaman songsang seperti si Wahabi ini, kerana berkemungkinan kita akan kalah berhujah dengannya. Malah jawapan kita mungkin menjadi bahan ketawanya dan boleh dimanipulasikan olehnya. Biarlah alim ulama saja yang menjawabnya. Pun demikian, dari semasa ke semasa hendaklah kita tingkatkan ilmu agama kita dan beramal sungguh-sungguh, agar suatu masa nanti, kita juga mampu berhujah dengan golongan ini.

Maka, dapatkan majalah Q&A apabila dipasarkan nanti untuk memperkasakan ilmu di dada.











Barisan panel penulis Q&A.


3 comments:

Mynie said...

Wow - mantap dan hebat! Saya tak sabar nak beli dan baca :)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Alhamdulillah, majalah Q&A yang sangat2 ditunggu kedatangannya. Moga ia menjadi rujukan masyarakat. Beberapa kolumnis adalah guru-guru saya. Maaf, nak komen sedikit. Paling elok "Selagi hayat di tangan-NYA", 'tangan'-NYA di atas, diubah kepada 'kekuasaan'-NYA agar selamat dari aqidah tasybih dan tajsim. Maaf atas teguran. Tolong bagi tau nanti, bila keluar Majalah Q&A ya.

SURAIYA PAUZI said...

Anon,

Terima kasih atas teguran, tapi saya tidak berminat menukarnya! Ikuti perkembangan Q&A di FB atau website Galeri Ilmu Sdn Bhd