Saya perhatikan ciri setiap model kamera dan saya menjadi bingung seketika kerana tidak pernah jumpa kamera yang ada ciri istimewa itu ... ada ciri BUKTI!
Mengapa saya bingung?
Inilah cirinya:
- Kejutan bukti
- Cuaca bukti
- Air bukti
Kemudian saya tergelak sendirian kerana baru dapat menangkap maknanya. Rupa-rupanya ia diterjemah secara langsung (secara harfiah) daripada perkataan Inggeris.
- Shock proof = kalis kejutan / gegaran
- Weather proof = kalis cuaca
- Water proof = kalis air
Kah kah kah!
'Proof' dalam bahasa Inggeris membawa maksud bukti/evidence dan juga kalis/proof !
Barangkali penterjemah tidak akan tersalah terjemah kalau dalam bahasa Inggerisnya ditulis begini: water resistant.
1 comment:
hmmm telah ter'bukti' segala ciri-ciri yang ada di dalam kamera tu ... . tapi kalau dah beli, dapatkan resit sebagai 'bukti' pembelian. Barulah ter'bukti' segala hasrat di hati.... :)
Post a Comment