Monday, July 25, 2011

ALAHAI, ANAK!

"Ammar dah bagi semua kat kawan."

"Hah, apa? Bagi kat kawan? Semua sekali?"

"Semua."

"Optimus Prime, Bumble Bee?"

"Dah tak ada, kan Ammar dah cakap. Dah bagi kawan."

"Ya Allah, kenapa Ammar bagi semua? Mahal tu Papa beli. Bila Ammar bagi kawan?"

"Dah lama dah. Tak apalah Mak. Kesian kawan Ammar tak ada toys."

Aduhai anakku. Entah bila dibawa permainannya itu ke tadika. Senyap-senyap. Habis robot Transformers yang dibeli ayahnya diberi kawan. Kalau tidak salah saya, robot Transfomersnya itu ada lebih 10 'ekor'. Kalau murah tidak mengapalah juga. Ini semuanya keluaran Hasbro. Berjenama!

Apa pun mujurlah Optimus Prime yang bersaiz besar tidak dibawanya ke tadika. Tidak muat beg barangkali. Yang itu paling mahal.

Syukur jugalah kerana itu tandanya dia seorang pemurah. Dan pengajarannya, apa yang ada di tangan kita sebenarnya bukan milik kita yang mutlak. Bila-bila masa sahaja Tuhan boleh tiadakan apa yang kita ada. Salah satu caranya adalah melalui tindakan anak-anak.

Bagaimanapun, kisah anak saya ini tidak dapat menandingi kisah anak kawan Emak saya suatu ketika dahulu. Anaknya itu telah bermurah hati menghadiahkan barang kemas kepada kawan dan guru sekolahnya. Emas dan berlian tulen, bukan Zhulian (zaman dahulu belum wujud Zhulian) malah orang Kelantan jarang sekali pakai barang kemas saduran, semuanya asli.

Kawan Emak saya ini isteri kepada seorang ustaz. Aktiviti lapangnya, menjual barang-barang kemas. Hal ini adalah senario biasa di Kelantan. Surirumah menjadi ejen menjual barang kemas dari rumah ke rumah kawan-kawan.

Si anak menyangkakan emaknya seorang yang kaya-raya. Lantas dia mengambil barang kemas itu tanpa disedari si emak. Barang-barang kemas itu diberi kepada kawan dan guru.

Hampir pengsan kawan Emak saya itu apabila mengetahui apa yang telah dibuat oleh anaknya. Dan hampir pengsan juga dia terpaksa membayar ganti rugi nilai barang kemas itu kepada taukenya, bukan seribu dua, tapi puluhan ribu ringgit perlu diganti.

Pengajarannya, simpanlah barang kemas di tempat sepatutnya, bukan di tempat yang boleh dilihat dan diambil dengan mudah oleh anak-anak!

Alahai, anak!

7 comments:

abglilkv said...

Itu kisah anak yang 'memberi', terkadang-kadang teringat gak kisah anak yang 'mengambil' barang orang. Ada sahaja 'barang asing' di dalam rumah, bila ditanya, kawan bagi....

SURAIYA PAUZI said...

Yang 'mengambil' tu yang bahaya ... kena check, betul ke kawan yang bagi

Mohd Hisham Mohd Sharif said...

Ahaha,
Ammar, Ammar, mainan Transformers tu...

Unknown said...

alaaaa... Ammar kasi laa pacik poji Transformers tuu

SURAIYA PAUZI said...

Poj

tak dapek nak nolong, tinggal lengan je satu kat rmh,tu pun sbb tercicir

intan said...

Sue...senyum sorang aku baca pasal Ammar.
Transformers kat rumah aku pun ada bbrp jenis, bukan bebudak yg nak buat main tapi laki aku buat 'simpan abuk' atas lemari :) Hobi, katanya.

SURAIYA PAUZI said...

Intan,

Tu bagi peminat tranformers. Adik aku lak peminat tegar Star Wars. Dah ribu2 ringgit habis beli merchandise ST. Bila org tegur dia kata bagi anak main, pdhal dia yg main.

Masa dia umur 6-7 tahun dulu, ayah aku belikan Millineum Falcon. Masa tu thn 80-an lagik. Sampai la ni dia simpan. Kira 'rare collection' ada org nk beli dgn harga ribu2 ringgit. Lagi la dia syg. Tu x masuk patung2 ST.