Tuesday, September 1, 2009

TIADA YANG LEBIH ENAK ...

Jika diberi pilihan berbuka puasa sama ada di rumah atau di hotel atau di restoran, saya akan memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga, melainkan atas undangan tertentu. Jika ada alasan kukuh untuk tidak menghadirinya, saya syukur amat.

Aaaaa ... tiada yang lebih enak daripada dapat berbuka puasa di rumah biarpun sekadar dengan sebiji tamar dan air sejuk.

Sungguhpun hidangan di hotel dan restoran jauh lebih mewah, cuba tanyakan, banyak mana sangat perut dapat diisi? Dengan segelas air sejuk pun sudah kenyang, di mana lagi nak ditempatkan makanan-makanan itu?

Sebelum ini, semasa di Jabatan Majalah, saya sudah puas menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan untuk media di sana sini hatta di hotel lima bintang sekalipun. Masih, ia tidak dapat menandingi nikmat berbuka bersama keluarga di rumah ... tenang, damai dan santai!

Saya menjadi cuak berbuka puasa di tempat sedemikian kerana tidak selesa hendak solat, terkejar-kejar. Kemudian apabila pulang ke rumah, hendak solat tarawih menjadi sedikit ‘liat’ kerana kepenatan berlebih makan (selalunya ada harapan tidak buat tarawih langsung)!

Jumaat lalu, syarikat kami melalui badan kebajikannya meraikan kakitangan berbuka puasa di Hotel Singgahsana. Saya tidak hadir kerana anak tidak ada siapa menjaganya. Dalam hati, saya amat gembira kerana tidak perlu menghadirinya. Bukan tidak boleh dibawa anak. Tapi bagaimana hendak makan nanti, nak solat pula macam mana dengan anak lasak begitu? Baik tak payah! Khusyuk makan dan solat tidak ada nilai satu sen pun dalam situasi sedemikian.

Hendak ke Hotel Singgasana pun lalu lintas sesak jangan dikenang (massive traffic jam) lantaran orang ramai mahu ke destinasi masing-masing sempena cuti tiga hari (Sabtu-Isnin Merdeka Day). Saya tiba di rumah yang jarak dekat itu pun terpaksa menempuh jujukan kenderaan yang seakan tidak mahu bergerak. Tiba lewat di rumah. Inikan pula hendak ke Singgahsana ... waduh! Lupakanlah!

2 comments:

rosnaniripin said...

Salam Ramaadhan,

Bila satu persatu layari blog Su dan Ustaz Zakaria semakin kuat untuk aku bangkit menulis.

Dulu, kak nani tak dapat berurusan dan berutusan dengan kalian dek kerana jauh sgt sedangkan hasil titipan Uztaz Zakarian penulis yang tinggal oversea dapat berterusan berurusan.

kengkangan Internet mematah dan memutuskan usaha itu. bila sekali, dua kali dan seterusnya terhalang, buat kita jadi beku. kini kak nani dah berada di lokasi yang senang dihubungi.

apapun yang enak itu sebenarnya tidak enak, sekiranya kita tidak merasa kerana nasi kosong yang dimakan begitu saja tetap juga enaknya...

SURAIYA PAUZI said...

Yahoo Kak Nani sudah mari ...