Friday, May 15, 2009

I LOVE U!

Selamat
Hari
Ibu

ibulah,
ibu ammar
dunia
dan
akhirat

I

U


Demikian ungkapan yang tertera pada kad yang dibawa pulang dari sekolah oleh anak saya minggu lalu.

Sungguh bermakna kad itu. Terima kasih kepada guru-guru Tadika Hasanah yang memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik mereka membuat kad ‘Hari Ibu’.

Pada hari membuat kad tersebut anak-anak ditarbiahkan tentang kasih sayang ibu. Barangkali kerana itulah keesokan paginya sebaik selepas mandi sebelum ke sekolah dan belum pun sempat memakai seragam sekolah, Ammar tiba-tiba memberi sebuah dakapan dan kucupan (penuh air liur) di pipi saya dengan ucapan, “Ammar, sayang Mak.”

Dan saya membalas ucapan itu dengan meminjam judul buku Haji Bad, “I LOVE YOU TOO!” dengan iringan doa dakapan dan kucupan jua untuknya, "Moga Ammar sentiasa dalam peliharaan Allah sepanjang hayat walau Mak sudah tiada nanti untuk mendoakan Ammar."

Kad berwarna kuning bentuk rama-rama dengan sesungut berwarna emas hasil seni tangan anakanda AMMAR HADI BIN MOHD MAKHTAR akan saya simpan sampai bila-bila, kerana itulah kad HARI IBU pertama daripada anakanda tersayang (biarpun amat ketara nakalnya!)







Dan saya sedar penulisan di blog ini sebenarnya adalah salah satu pusaka saya untuknya agar dewasa nanti ada kenangan kasih seorang emak untuk seorang anak!

2 comments:

Mynie said...

wah, berbunga-bunga hati si ibu tentunya :)

Kamariah Kamarudin said...

wah, Ammar dah pandai menulis, syoknya! Tahniah! Tak sabar nak tunggu anakanda saya pula boleh menulis; tentu macam-macam nak ditulis kerana bertih mulutnya sekarang macam2 yang ditanya, hehehe...