Thursday, November 6, 2008

SUATU KETIKA

“Dik, Mi Ibu dah habis ke?” soal saya kepada pembantu kedai Pasaraya Taman Tun pada suatu hari.
“Ha‘a, dah habis, kak,” jawabnya.

Jika 10 tahun dahulu, barangkali dialognya begini:

“Kak, Mi Ibu dah habis ke?”
“Ha‘a, dah habis, dik.”

Di dalam kereta saya duduk termangu… “Dah tua dah aku ni…”

SUATU KETIKA dahulu, saya meng‘akak’kan dan meng‘abang’kan orang, mem‘pak cik’ dan me‘mak cik’kan orang, dan saya di‘adik’kan orang. Hari ini tiba giliran saya di‘akak’kan dan di‘mak cik’kan orang. Jika panjang umur, maka akan di’nenek’ atau di ‘atuk’kan pula.

Perubahan gelaran dan pangkat diri di samping uban yang mula muncul sehelai dua di kepala merupakan peringatan kepada saya supaya menggesa diri untuk mula giat mengumpul bekalan untuk ke ‘sana’. Persediaan saya untuk kembali kepada al-Khaliq sangat-sangat tidak memuaskan! Diandaikan gred pencapaian di sekolah agaknya saya hanya mendapat ‘D-’ (gagal) atau lebih teruk daripada itu. Allah…!

Wahai diriku yang sentiasa alpa,
bangunlah, bangkitlah…agungkanlah Tuhan dan Rasulmu!

Waktu yang silih berganti, dasawarsa yang datang dan pergi pasti akan mengubah status dan gelaran setiap diri. Pangkat yang diberi kepada kita secara automatik ini tanpa kita memintanya, mahu tidak mahu haruslah kita menerimanya dengan lapang dada dan senang hati.

SUATU KETIKA dahulu, mata kita terang, kulit tegang, rambut legam.
SUATU KETIKA akan tiba saatnya mata kita rabun, kulit kendur, rambut putih.
SUATU KETIKA pasti tiba detiknya, maut datang menjemput!

Anda, bagaimana?

4 comments:

@nu@r said...

salam ziarah.. hehe.. www.anuarmy.blogspot.com

Kamariah Kamarudin said...

salam
entry ini turut mengingatkan diri saya; suatu ketika adik bongsu merupakan anak2 kecil yang boleh dipulas2 tetapi kini bakal ayah kepada seorang anak, begitu juga bila saya pulang ke kemaman tempohari, sepupu2 yang pangkat adik2 saya semuanya sudah berkeluarga, beranak-pinak yang kesemuanya menunjukkan kita dihambat waktu. usia kita sudah berengsot pergi, zuriat kita membesar setiap hari, generasi kita bertambah saban hari, cuma amalan kita belum mencukupi kerana tuntutan kerjaya membataskan ruang menemui Ilahi. Inilah mengingatkan saya kenangan di kota Haramain yang lalu bahawa segala kerja2 duniawi terbang dibawa angin kerana hati hanya taksub pada baitullah suci. Ya Rabb! Kalaulah kita punya waktu itu sepanjang masa, alangkah.

SURAIYA PAUZI said...

Oooo...Nuar ye...

no wonder BURUNG UNTA, ZIRAFAH, PANDA, SINGA, PENGUIN, RUSA, ORANG UTAN, KANGGARU, GAJAH, KUDA (10 ekor semuanya) tak siap2...bz menjengah blog...tak pa, sbb jengah blog sy, sy maafkan!

K,
Gitulah adanya...

@nu@r said...

terlepas kandang.. uiks!..hehe