Sunday, November 9, 2008

Biarpun Seorang Cuma...

Setiap kali menerima undangan majlis tertentu, saya berfikir berulang kali sama ada hendak menghadirinya atau tidak. Tiada niat untuk sengaja tidak menghadirkan diri, tetapi apabila mengenangkan keadaan anak yang ‘sukar dikawal’ dalam keadaan orang ramai, saya jadi serba salah.

Pernah juga disindir kawan, ‘Alah, anak engkau sorang je, takkan tak boleh datang.’ Ada pula kawan yang perli, ‘Anak aku lagi ramai. Semua lasak-lasak. Anak engkau baru sorang takkanlah tak boleh bawa.’

Biarlah apa pun persepsi orang, saya lebih mengenali anak sendiri daripada orang lain. Jawapan dan alasan saya cukup mudah, ‘Sebab anak saya seoranglah saya kena jaga betul-betul.’ Saya dah tak ada anak lain. Dialah satu-satunya darah daging saya.

Saya paling susah hati jika membawa anak ke majlis keramaian. Pasti anak saya akan berlari ke sana ke mari. Mencelah-celah di celah orang ramai sehingga hilang dari pandangan mata. Ya, anak orang lain pun berlari ke sana ke mari. Tapi anak orang lain akhirnya akan mencari ibu ayahnya. Tetapi anak saya akan berlari bebas, makin dikejar makin jauh perginya. Jika tidak dikejar lagi dia seronok, bebas berlari tanpa peduli apa yang ada di kiri kanan depan dan belakangnya.Mudah saja dibawa lari orang.

Untuk membawa ke kedai membeli barang pun saya tidak berani. Kerana pantang lepa, dia pasti memecut melarikan diri…dia bangga dapat bebas!

Paling mendebarkan tatkala memandu kereta bersamanya tanpa ditemani sesiapa untuk mengawasinya. Hanya dia dan saya. Pintu kereta belakang sudah di’childlock’kan. Tak cukup dengan itu, tingkap cermin pula dibukanya. Maka handle pemutar tingkap terpaksa pula saya ikatkan supaya dia tidak dapat membukanya. Sesiapa yang menjadi penumpang belakang kereta saya pasti menghadapi kesukaran untuk keluar dari kereta (kena tunggu pintu dibuka dari luar). Alangkah baiknya jika pintu hadapan direka dengan childlock juga khusus untuk tujuan ini!

Pada 27 Oktober 2008 (cuti Deepavali) lalu, ketika pulang dari rumah emak, seperti selalu saya mengambil laluan LDP untuk pulang ke rumah di SS2, seperti biasa anak saya duduk di hadapan. Baru sahaja melalui bawah flyover, saya terdengar seakan pintu terbuka…saya sangka saya tersalah dengar kerana selama ini pintu akan automatik terkunci apabila menekan brek. Mata saya terfokus pada pemanduan dan jalan. Tiba-tiba anak saya bersuara, “Mak, Ammar buka pintu.” Allahu akbar…bagai mahu gugur jantung. “JANGAN BUKA PINTUUUUUUU…BAHAYAAA…” belum pernah saya memekik sekuat itu hingga perit anak tekak.

Spontan tangan kiri saya menarik anak dan mencapai pintu di sebelahnya yang sudah hampir sekaki terbuka sambil sebelah tangan cuba mengawal stereng dan pedal di kaki…cuba kawal kelajuan kereta. Mata saya tidak terfokus ke jalan tetapi kepada anak dan pintu. Pasrah...minta Allah selamatkan. Dalam keadaan itu sukar hendak memutar stereng untuk ke tepi jalan dan memberhentikan kereta kerana saya berada di lorong tengah. Tak dapat dibayangkan jika pintu itu terbuka sepenuhnya…pasti saya tidak dapat mencapainya. Mungkin juga anak saya akan tergolek jatuh keluar. Mujur juga waktu malam jalan tidak sibuk.

Tiba di rumah saya menggigil. Degup jantung jelas kedengaran pantas.

Sebenarnya itu bukan kejadian pertama. Pertama kali insiden pintu kereta dibuka anak tak semena-mena ialah sewaktu umurnya hampir setahun. Ketika itu saya meribanya dan suami yang memandu. Kejadian berlaku di Kota Bharu. Lampu trafik baru sahaja bertukar hijau, kereta kami yang baru hendak maju ke depan tiba-tiba terbuka pintu di sebelah saya seluas-luasnya. Aduh, ya Allah, entah bila tangan kecilnya menarik pembuka pintu. Jika ada kenderaan laju dari sebelah kiri, tentu akan berlaku insiden yang tidak diingini.

Lantaran itu, saya takut menerima undangan yang melibatkan kehadiran ramai orang. Atau ke restoran mana pun saya tak mahu. Sudah serik. Saya juga tidak berani membawa anak ke rumah orang yang penuh dengan hiasan cantik-cantik. Terlalu berisiko. Di rumah emak saudaranya, dia pernah membaling batu-batu kristal seperti membaling bola.

Ketika memenuhi janji temu dengan doktor di hospital, doktor pun pernah menolong mengejarnya. Untuk scan ‘ECHO’ jantungnya, pernah diberi ubat tidur dua kali kerana dos pertama tidak berkesan. Pernah juga apabila keluar dari bilik doktor dia menerpa orang yang tidak dikenali dan membawa lari Twisties yang sedang dimakan orang tersebut…terpinga-pinga wanita itu…betul, saya malu dan berkejar ke kedai berdekatan untuk membeli Twisties lain sebagai ganti.

Saya sering mendengar, kawan-kawan bercerita tentang anak masing-masing, tentang nakal mereka…jika itu anak saya, saya amat bersyukur jika tahap lasak anak saya seperti anak mereka.

Sudah beberapa orang berkata, “Besar esok, habislah lasaknya tu. Insya-Allah, jadi anak baik, anak cerdik.” Lapang dada mendengar kata-kata itu. Saya mengaminkannya dengan penuh pengharapan agar kata-kata itu benar dan menjadi kenyataan. Bukan sekali dua air mata gugur dalam menghadapi pengalaman membesarkannya…(banyak kali).

Tatkala orang lain diuji kesabaran dengan kurniaan anak yang ramai, sesungguhnya saya diuji sabar dengan hanya seorang anak!

5 comments:

Kamariah Kamarudin said...

salam
memang begitu hidup ini; ujian Allah mengikut tahap kesesuaian masing-masing hamba-Nya yang mampu.

walaupun anak kami, Kamila baharu mencecah setahun lapan bulan, tapi "kenakalan"nya juga mengalahkan budak2 yang lebih tua daripadanya. selalu juga buka pintu kereta bila bosan dalam perjalanan yang panjang. turut suka sangat bebas berjalan tanpa kita memimpin tangannya, dan kalau nak ke shopping complex, terpaksa mengawalnya sungguh2 agar tidak terlepas.

anak era baharu, nampaknya suka sangat berdikari. dan waktu ke mekah dulu, kami terpaksa bergilir2untuk ke masjid kerana bimbang keselamatannya. memang dia cuma seorang tetapi mengalahkan anak orang yang yang punya tiga, subhanallah! tinggal lagi dia perempuan, mungkin darjah kelasakannya kurang sedikit daripada Ammar. hanya doa yang mampu dipanjatkan agar dia, anak kita membesar menjadi manusia unggul kelak!

suraiya said...

Ketika transit di Gua Musang, dua tahun sudah di kedai makan, Ammar pernah sepak anak kucing, terpelanting hingga lumpuh separuh badan. Cian anak kucing tu...

Abdul said...

salam...

thanks for the sharing makcik... hmmm ammar anak yang bijak... seperti yg kau tulis i believe allah tengah menguji kesabaran kau... su. Kau kan inasan2 yang berhati mulia... dan baik... Ini bukan aku saja2 nak kipas k... so ini adalah ujian untukmu... tapi aku pasti dan percaya.... Ammar is a brilliant boy.

Ntah... terkadang kena pakai psycho gaks kot... sebagai seorg ayah... tats how i deal with my kid tapi tu lar kan anak2 nih macam2 ragam...

sebagai kawan... bersabarlah su... sesungguhnya kau yg terpilih menerima ujian ini tetapi bersyukurlah kerana ammar lebih bertuah dan sungguh bertuah... kerna dia sempurana... sekurang2nya... dan kau juga bertuah dikurniakan ammar kerana ramai ibu2 di luar sana... mencari anak angkat yg bukan darah daging mereka dan... ada kalanya anak2 ini tidak mengenang jasa... (cerita benar... hingga membiarkan ibubapa angkat melarat.... selepas mendewasakan mereka dgn kasih sayang)...

Syukurlah apa yg dimurniakan olehNya kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...

aku sekadar berkongsi dan mengingatkan diriku sebagai seorg bapa... bertapa bersyukurnya aku mendapat anak2 yang 4 orang tuh... masing2 punya cara yang berbeza... alhamdulillah....

Yg pasti pengorbanan isteriku dlam menjaga mereka tidak akan aku lupakan untuk selamanya... kerna ANAK itu satu tanggungjawab... dan dengan sokongan isteri yang tersayang yang banyak berkorban menjaga mereka menyokong kudrat bapa dalam mencari rezeki... LOVE THEM SO MUCH...

amin...

jiejah said...

membaca cerita anda , sungguh la mengenangkan saya pada cinta hati saya nan seorg ..
masa umur di bawah 2thn , begitulah perangainya hingga saya seakan fobis untuk kemana².
tp alhamdulillah sejak mencech umur 3thn & bakal 4thn pada
march09 , kelasakkannya
mengurang beberapa peratus .
bersabarlah untuk sedikit masa lagi..

bitechsgt said...

Salam... Apa khabar kak su.. nie zulkarnain, dah lama tak dengar khabar berita dari kak su.. nie contact no. 0197787284