Thursday, August 7, 2008

Aku Tak Faham Bahasa IT

Ini pengakuan ikhlas...aku ni jahil bahasa IT...bahasa komputer. Aku kena edit buku yang ada kaitan dengan bidang ni. Banyak benda yang aku tak reti...aku dok pikir macam mana nak edit buku ini kalu aku ni buta bahasa IT. Setakat guna komputer sesikit & nak akses internet tu tahu gak ler ala kadar. Masa nak construct dan set up blog aku ni pun terkial-kial. Apalagi yang tinggi dari tu.

Itu baru Bab 1 buku tu...kira baru intro lah. Bab-bab seterusnya entahlah tak tau aku! Adusss...terasa benar kelemahan diri bila kena explore benda yang di luar bidang ilmu aku yang amatlah ciput nih. Itu pun aku rasa penulis buku tu dah guna bahasa yang paling mudah dan ringkas, tapi aku masih slow nak tangkap.

Uwaaaaaaaa... uwaaaaaa... huuuuu...huuuu.........

4 comments:

Kamariah Kamarudin said...

salam
aha, dah boleh komen nih, dah adjustlah nih, bagussss
adus, dah jadi editor buku ITlah pulak ya? pelan2, kan hidup ini proses belajar yang tidak pernah mati, selamat segalanya.

Kamariah Kamarudin said...

salam Puan Suraiya
Saya percaya editor seperti u, dapat melakukan yang terbaik kerana kemampuan yang ada pada u sebagai editor selama ini. Ayuh, teruskan perjuangan, proses "mencari" memang kekadang memerlukan pengorbanan. Selamat berjuang dengan bahasa IT, sahabatku!

SURAIYA PAUZI said...

heee...heee....

Keri AlHaj said...

hmmm sama lah kita kak sue... haram tak tahu bahasa it ni... nasib baik saya bukan editor... tapi tak pe... usaha tangga kejayaan. he