Friday, June 27, 2008

DI HUJUNG NYAWA DUNIA



ENTAH mengapa sejak tersiarnya akan dibina sebuah lagi skyscraper di Dubai, hati ini tidak tenteram. Malah, bangunan tersebut bukan sahaja tinggi, tetapi boleh berputar mengikut musim. Model/simulasi dari komputer yg disiarkan di berita malam semalam, menunjukkan bangunan yang bakal dibina di Dubai itu boleh bergerak dan berputar dengan efisien sekali, umpama robot transformers.



(klik di sini http://www.burjdubai.com)


Sejak mula dibina Burj Dubai Tower (menara tertinggi di dunia, dijangka siap 31 Oktober 2008), hati ini juga sudah tidak tenteram. KLCC bukan lagi yg tertinggi. Dunia kini berlumba-lumba membina pencakar langit. Petanda-petanda akhir zaman itu semakin hampir dan hampir dan hampir.

Seiringan dengan itu, bencana alam berlaku semakin menjadi-jadi. Bermula dengan tsunami yg melanda Aceh pada 2004. Manusia insaf sebentar, namun alpa semula. Kedatangan Nargis, taufan, banjir dan gempa bumi di merata alam nampaknya belum dapat menyedarkan manusia yang terus hanyut dalam nikmat duniawi.

Satu per satu Allah datangkan alamat, supaya kita bersiap sedia...jua kita tidak sedikit pun ambil iktibar.

Bumi ini sudah tenat, tidak sanggup lagi menanggung beban kemusnahan yang dicetus manusia, dunia sudah tidak berdaya lagi memikul beban maksiat dan dosa yang manusia lahirkan.

Bukankah Rasulullah SAW ada menyebut, bahawa umatnya akan bertahan selama 1500 tahun? Kemudian akan datang kiamat, hari yang dijanjikan Allah sebelum datangnya akhirat. Jika diambil kira tahun hijrah, kini sudah 1429 tahun berlalu, ditolak dari 1500 tahun...berapa tahun lagikah baki kehidupan umat manusia di atas muka bumi ini?

Benar, kita tidak tahu tarikh sebenarnya berlakunya kiamat. Benar, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Namun, sudah terlalu banyak tanda besar kiamat hampir-hampir berlaku.

Usia dunia yang berbaki sudah terlalu meruncing. Sesungguhnya kita kini berada di hujung nyawa dunia. Barangkali anak cucu kitalah yang akan mengalaminya...Aduh! Sudahkah kita mempersiapkan mereka dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi HARI YANG DAHSYAT PENUH KENGERIAN ITU?

SUDAHKAH KITA BERTAUBAT?
Sama-sama kita lakukannya sebelum pintu taubat ditutup untuk selama-lamanya!


---------


TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.

12. Banyak berlaku gempa bumi.

13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.

15. Banyak berlaku rasuah.

16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

18. Hubungan keluarga pecah-belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )

19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda-tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:

1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).

Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir.

(Dipetik dari http://permai.tripod.com/tanda.html)

No comments: