Friday, June 13, 2008

ANAK SAYA AMMAR HADI - 1






Dirakam semasa usianya baru mencecah 20 bulan. Belumlah lagi dua tahun. Sejak usia lima bulan memang dah asyik melompat. Makin menginjak usia makin tak dok diam. Umur 11 1/2 bulan dia dah mantap berlari. Masa tu kerusi untuk meja makan memang tak boleh diletak di lantai, terpakslah diangkat ke atas meja. Memanjat saja kerjanya.


Tak dapat bayang kalau orang anak ramai lasak macam ni. Saya yang anak sorang ni pun dah tak terjaga.


Selama 2o bulan emak saya jaga dia. Peh tu dia surrender tak larat. Sejak itu Ammar Hadi dihantar ke Tadika Hasanah bahagian taska. 'Buas lain macam,' komen mak. Kesian mak. Cucu-cucu lain sebelum ni yang dia jaga tak lah seteruk ni dia menjaga.


Kebanyakan kita, sejak kecil hingga besar dan ada anak...kita sering menyusahkan emak, kan? Mula-mula dia jaga kita waktu kecil, lepas tu dia jaga anak kita pula.


Moga Allah bina mahligai paling indah untuk kedua ibu bapa kita di syurga kelak. Amin!


No comments: