Tuesday, June 17, 2008

AKHIRNYA DAPAT JUGA MAKAN DI RESTORAN CHENG HO


Apa yang dibuat pada 14 JUN 2008...


Weh! Saya dah try la makanan di RESTORAN CHENG HO CHINESE ISLAMIC SEAFOOD milik rocker tersohor negara Amy Search.

Ikut perancangan awal, tak nak bawa anak sebab gerenti tak boleh nak fokus pd makanan. Konon nak letak kat taska dia. Tapi sampai di taska dia tak nak turun dari keta. Meraung-raung. Meronta-ronta. Maklum, tak pernah kena tinggal di taska pd weekend. Pastu hantar ke rumah mak ayah, tapi diorang pun tak dapek nak nolong sebab ramai tetamu nak datang makan tghri. Takda pilihan, kena bawa gak le budak kecik ni.

Pergi dgn 2 org kwn lama (bespren nih) Enna & Rosnah. Naik kereta Enna. Restoran buka jam 12.00. Kami terus masuk. Blmlah ada pelanggan. Setakat 2,3 org je.

Sambil menunggu makanan sampai, buatlah sesuatu
...ambik gambar untuk masuk blog misalnya.


Enna (kiri) dan Rosnah (kanan). Dua kali ambik gambar diorang ni sebab
gambar pertama depa kata tak sesuai untuk masuk blog,
"Kena yang cun-cun baru boleh masuk blog," kata Enna.

Apa menu yg nak order yek? Ambik set 4 in 1.

1. Siakap kukus
2. Tomyam
3. Sayur goreng taucu
4. Sotong goreng
5. Mi hokkien (tambahan utk budak kecik)


Beverege:

1. Jus epal 2 gelas - saya 1 & anak 1
2. Jus carrot - rosnah (nampak mcm sedap je)
3. Jus tembikai - enna

Masuk je & duduk di kerusi, terus dihidang teh cina suam setiap org. Pastu sampai pulak kacang goreng salut tepung...untuk dimakan sementara order sampai. Ngap, ngap...


Pinggan yang nampak kosong tu Enna & Rosnah punyalah.
Siakap stim & tomyam memang dibelasah habis...


Nasi sampai dulu diikuti tomyam, sayur & sotong. Tak lama, sampai pulak ikan. Mmm...baru perasan makin ramai pelanggan memenuhi restoran. Mujurlah kami datang awal. Kalu tidak, tak merasalah. Parking pun dah penuh.

"Nak ayam," budak kecik ni minta ayam pulak. Mana ada kami order ayam. Mi hokkien yg order untuk dia tak sampai2 lagi. Yg lain dia tak berapa minat. Terpaksalah tipu sikit, kami kata sotong tu ayam. Makanlah dia...tapi dia makan salut tepungnya aje.

Alamak! Budak ni dah makin tak leh dok diam. Entah dari mana dia jumpa butang baju kat lantai sumbat dalam mulut (butang baju sapa ntah, kaler hitam). Aisey bahaya betul. Ingatkan dia kunyah sotong. Mujur Rosnah perasan.

Awalnya saya biar je lari sana sini, dah fitrahnya budak lasak nak buat macam mana. Larang pun bukan dia nak dengar. Wat kering air liur je. Cuma kita nak kena perhati jugak takut tiba2 lesap.

Dlm dia tak dok diam, jatuh lak ke lantai. Barulah pelayan2 restoran nak sediakan kerusi budak...laa ada pun...brand Ikea.. laa sama sebijik macam yg kat rumah. Tapi dah tak muat nak duduk. Tu pasal yg kat rumah pun dia tak duduk.


Muka comot kena mi hokkien, tak palah asal nak makan.

Makanan dah agak nak abih baru sampai mi hokkien. Barulah anak makan. Mi memang peberet dia. Tapi sepinggan bujur, byk tuuu. Penuh udang & ayam lagi. Kami nak abihkan pun dah tak berapa nak muat perut sebab dah makan yg lain2. Lagipun agak masin minya.

"Err...En. Amy, mi hokkien tu agak masin la. Kena kurangkan masinnya baru kick." Itu agaknya skrip saya kalau jumpa Amy. Apa pun masih tetap sesuai untuk budak makan.
Huii...kawan saya yg dua org tu memang berselera betul. Seingat saya, ada Rosnah sebut nak tolong abihkan mi hokkien...tapi tak makan pun.

Anak saya, Ammar Hadi dah tergolek-golek dan berenang2 kat lantai Restoran Cheng Ho, itu petanda kami mesti segera beredar. Mi hokkien yg Rosnah janji nak abihkan tu terpaksalah ditapau balik.
Keluar dari restoran, kami agak terkejut orang ramai tengah tunggu giliran nak masuk makan. Sesiapa yg berhajat nak makan di Restoran Cheng Ho, pergilah awal. Atau tempah meja. Kalau tak tempah, eloknya waktu dibuka terus masuk. Dan disyorkan order menu Cina sebab itu speciality dia. Makanan lain banyak lagi, walaupun sedap, mungkin tidak setanding masakan Cinanya.

Dah makan, kena baliklah pulak.
Tu nampak tak kat belakang, orang berpusu-pusu nak makan kat Restoran Cheng Ho.

Kepada pemilik restoran...diucapkan tahniah. Mungkin inilah rezeki daripada Allah taala di atas 'penghijrahan' diri anda sekeluarga! Insya-Allah kami akan bertandang lagi untuk menu yg lain pula.

Kepada bos-bos majikan saya...next time kalau rasa-rasa nak rai staf makan macam kat Restoran Putri hari tu, buatlah kat sini pulak, kat Restoran Cheng Ho...ye...ye...ye...pleeeeze! Tuan Guru Nik Aziz pun dah makan kat sini.

Pagi 17 Jun 2008

Saya sarung kasut nak gi keja. 'Aik kenapa lain macam je kasut aku nih?' Oooo button tercabut...rasa-rasanya boleh teka kat mana butang kasut tu cicir...hua..hua....huaa...masuk mulut anak sendiri lo!

2 comments:

Peri PiA said...

Assalammualaikum,salam perkenalan.saya dh lame nak pergi mencuba mskan direstoran ni,tapi belum berpeluang lagi ;)

SURAIYA PAUZI said...

Wa'alaikumussalam...salam perkenalan 2u2!