Friday, June 13, 2008

JUMAAT OH JUMAAT

Hari ini hari Jumaat. Waktu rehat pastinya lebih panjang daripada hari-hari kerja yang lain dan menjadi kelaziman kaum wanita merayap ke shopping complex. Saya juga tidak terkecuali namun cuma sekali-sekala apabila ada keperluan. Itu pun terkocoh-kocoh beli barang perlu, takut 'ralit' dengan sales dan diskaun yang ada di mana-mana juga takut tidak sempat solat zuhur.

Apa yang paling tidak menyenangkan pemandangan ialah di tempat-tempat ini setiap hari Jumaat, semakin ramai lelaki Islam bertebaran di sana-sini (pada waktu sebegitu lelaki Islam tidak sepatutnya berada di tempat-tempat ini. Tempat mereka ialah di masjid.


Yang tua dan yang muda, sama-sama meninggalkan ibadah wajib ini. Yang menyedihkan ada yang membawa anak-anak...anak-anak yang masih kecil itu diajar untuk turut sama 'ponteng solat Jumaat.' Si ayah sedang melatih anak mengingkari suruhan Allah. Si ayah sedang mengajar anak mengumpul dosa. Ayah-ayah di shopping complex tika hari Jumaat pada waktu muslimin lain berada masjid sedang 'melahirkan' generasi munafik & fasiq (munafik & fasiq in the making).


Sepuluh tahun dulu, jumlah yang ponteng Jumaat tidaklah sebegini ramai...tapi semenjak dua menjak bertambahnya tempat 'melepak' ini statistiknya juga semakin bertambah seiringan.


Allah...Allah... apa nak jadi. Walhal solat Jumaat tidak perlu dipersoalkan kewajipannya. Malah orang perempuan jika boleh, hendak sahaja bersolat Jumaat sama. Memang boleh pun perempuan solat Jumaat cuma keadaannya tidak berapa sesuai...
Barangkali dua dasawarsa akan datang, tiada lagi lelaki yang akan mengimarahkan masjid untuk tunai solat Jumaat.
Orang sedang bermusafir pun dituntut agar berusaha mencari masjid untuk bersolat Jumaat. Inikan pula orang yang bukan musafir, lebih-lebih lagi wajib menunaikannya.
Rugi...amat amat rugi lelaki yang tidak tunai solat Jumaat. Bukan sahaja berdosa besar, malah kehilangan fadilatnya yang juga besar. Aaaah...serabutnya kepala menyaksikan maksiat di depan mata, di kiri dan kanan depan dan belakang!


Sabda Nabi SAW:


"Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian dia mendatangi solat Jumaat dengan mendengarkan khutbah dan diam, maka dia akan mendapat ampunan hingga hari Jumaat berikutnya ditambah tiga hari lagi." (HR Muslim)






No comments: