Friday, July 4, 2008

AKHIRNYA KECUNDANG

"Roti yang baru beli semalam letak kat mana?" tanya suami.
"Entah, letak kat mana semalam?" aku bertanya balik.
"Atas meja bulat."
"Dah kena curilah tu."
"Besar roti tu. Larat dia bawa lari..."
"Dah, dia pun besar..." jawab aku selamba.

Roti Gardenia lak tuh.

Memang masalah roti dibawa lari sekelip mata tidak berhenti di situ. Hari-hari berikutnya atau sebelumnya, begitulah keadaan. Kalau lupa simpan di tempat sepatutnya, akibatnya lesaplah roti. Bukan setakat roti, Milo, keropok dll. sudah banyak dikebasnya. Hampir setahun keadaan itu berlarutan.

Sejak dia tinggal sebumbung, memang aku tak betah menghadapinya. Ada saja problem yang ditimbulkannya. Kaum kerabatnya yang lain tidaklah secerdik dan selicik itu. Tapi, dia ini lain. Memang genius. IQ tinggi. Agaknya banyak makan roti, milo dll yang kaya DHA, AA, Omega 3 sebab itulah dia bertambah genius dan berani. Mati kutu aku mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya. Suku-sakatnya berjaya ditumpaskan. Tapi dia ni...eeeee...geramnya aku laaa. Kalau sedara-mara sendiri boleh jugak aku lepuk & aku belasah...what to do, dia ni memang lain...mungkin gak anak yatim! Cara perang psikologi yang ayah aku ajar juga tak berkesan langsung.

Pernah aku terserempak sewaktu dia hendak melakukan kerja terkutuk tu (dlm proses nak mencuri), tapi dek terkejut dgn kehadiran aku, misinya gagal. Pada waktu lain, suami aku juga terserempak dgn dia sedang terlompat-lompat nak capai makanan kat atas kaunter dapur...ciss durjana sungguh.

Di pendekkan cerita, pada ... suatu pagi... jam 7.30 pagi, aku baru melangkah ke dapur hendak capai penyapu untuk rutin kemas rumah pd tiap hujung minggu...tiba2 terpandang sesuatu di lantai. Ya Allah, tersembam dia kat situ.

Nahh ambik kau...puas hati aku...rasakan. Padan muka kau. Tiada simpati langsung di hati aku. Tak kuasa aku nak nolong...buat jahat kat org, kt dunia lagi Allah balas tau!

Kepada sesiapa yg berhajat nak buat jahat kat org, nak mencuri ke...ambillah iktibar dari kisah benar aku ni...INGAT! Kat dunia lg Allah balas tau. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.






Sepandai2 tikus mencuri, akhirnya kecundang jua
jatuh kat atas perangkap gam getah
yg dh berbulan letak di lantai dapur tapi tak kena.
Salah atur strategi apa?
Atau salah percaturan...nko nak melompat masuk ke plastik sampah kan?
Nak menyelongkar macam selalu kan?
Tapi ko silap landing...terlanding atas perut masa jatuh kat atas getah tu.
Selalu ko landing dgn kaki, tu pasal ko dpt lepas diri.
Habis cap tapak kaki nko yg lekat getah tu ko sebar merata2 kt lantai dapur.





Memang tough dia ni. Dah bagi racun pun tak mampus gak.
Letak perangkap jaring pun dia boleh elak. Sepupu sepapat
dia tertipu dgn perangkap sangkar jaring.
Teringat aku cerita RATATOUILLE.





Anak aku lak tak bagi buang,
dia suruh simpan tikus nih
nak ditenyeh-tonyohnya...heee...tak kuasa.