Thursday, June 12, 2008

AKU BUDAK BARU BELAJAR

CACA MERBA

Semua orang dok blogging. Aku pun nak try la buat jugak. Apa yang best sangat blog nih. Kira trial and error nak construct blog aku nih. Bukan reti pun.

Burung ni aku snap masa aku dan kawan2 seofis gi rehlah di PD. Org lain gi berenang, aku busy dgn aktiviti solo. Shoot kamera sana sini, sampai abih bateri. Nak beli bateri rechargable belum la ada bajet. Lagipun kamera guna sekali-sekala.

Foto yang ni dirakam kat Nilai 3 masa balik dari PD. Dah kawan aku yg nama Hasmah Marzuki tu beriya-iya sangat nak gi N3 (org tak pernah sampai N3 lah katakan). Hafizi yang drive kitaorang pun kena buli. Cian dia. Sampai di N3, terjumpa lak kawan lama Dr Kamariah anak-beranak. Comel betul anak dia. Bergambarlah kitorang seperti yg di sebelah ni.
Muka yang cun abih hangus dan berkilat kena hembusan bayu PD...hua..waa..waa...



Gajah ni aku shoot kat Zoo Negara masa bawa anak ke sana untuk kenal haiwan secara dekat...dah tu minat sangat tengok Animal Planet, Jungle Book, The Lion King, Over The Hedge, Madagascar & Ice Age. Huuu, memang dia seronok tengok real life punya binatang. Aku je yang tak larat nak kawal.




Gambar bunga nih yang mak mentua aku tanam kat atas tanah yang lebih kecik dari sekangkang kucing depan rumah aku (ooopps...rumah mak mentua aku sebenarnya. Aku numpang duduk je sebab dah terkawin anak dia). Bunga ni je lah yang menceriakan rumah aku yang tak pernah nampak kemas. Tu pasal tak berapa nak pelawa orang datang melainkan keluarga terdekat.
Time bunga ni berbunga penuh, berseri la skit laman tu. Sebelah rumpun bunga ni ada daun pandan merimbun yang aku tanam, tapi dah tumbang masa hujan lebat dulu.






2 comments:

Kamariah Kamarudin said...

salam
TAHNIAH. selamat datang ke dunia blog yang mengasyikkan. selamat berkunjung ke blog masing-masing dengan isu2 yang terkini. selamat segala-galanya!

SURAIYA PAUZI said...

Wa'alaikumsalam wht.

TQ. Memang asyik, tapi tak da masa nak selalu update. Nanti keja rasmi yg patut dibuat tak siap.