Tuesday, June 9, 2015

BELAI HAIWAN DI FARM IN THE CITY


Cuti sekolah memang dinanti-nantikan oleh anak-anak kita. Yeehaa ... bukan anak saja, mak bapak pun tumpang gembira bukan sebab turut sama cuti tapi hilang stres dan kelam-kabut sedikit daripada menghantar dan menjemput anak ke sekolah. Jalan raya pun kurang sedikit sesaknya apabila cuti sekolah.

Paling dinanti-nantikan anak, ke mana mereka akan dibawa berjalan.

Ini bukan cerita baharu kerana cuti sekolah yang sekarang ini belum ada cerita jalan-jalannya. Ini cerita cuti sekolah pada bulan Februari lalu. Ke mana kami pergi? Kami berkunjung ke FARM IN THE CITY di Seri Kembangan.

Lebih seronok berbanding ke zoo! Sebab apa? Sebab kita boleh belai-belai haiwannya. Kawasannya pun tidak seluas Zoo Negara yang memenatkan kita berjalan kaki kalau tidak menaiki tram. Kawasannya sedang elok untuk jalan kaki.

Mari kita lihat haiwan apa yang ada di Animal Farm ini.












Boleh naik kuda padi!

Musang ke binatang apa ni?

Tua dah kura-kura gergasi ni. Tengok dia, teringat Master Shifu Oogway ... heehee.



3 comments:

Kamariah Kamarudin said...

Laaa, entri yang sama. Bagussss. Lamanya kita tak jumpa kan??? Rindu sungguh.

shimah said...

Salam, mohon ditukarkan link blog saya itu ke: odisianaksayong.blogspot.com Blog yang lama itu kena hack dan digunakan insan lain yang tidak saya ketahui.

SURAIYA PAUZI said...

Ler shimah .... bila kena hack tu? Okey, bila free saya tukar linknya. Saya pun dah jarang-jarang jengah blog sendiri.