Wednesday, October 30, 2013

HURUF 'B' YANG HILANG

SAYA tidak pasti berapa ramai yang perasan orang menyebut 'sembilan' menjadi 'semilan'. 'Sembahyang' menjadi 'semayang'. Ikan 'sembilang' menjadi ikan 'semilang'.

Agaknya huruf 'b' hilang kerana perkataan seumpama itu lebih mudah disebut tanpa menyebutkan huruf 'b'. Saya juga begitu.

Demikian juga kalau mendengar pengacara atau pembaca berita di media elektronik. Mereka juga tidak menyebutnya dengan betul.

Bagaimanapun, saya tabik spring kepada Zakiah Anas, beliau satu-satunya pengacara mahupun pembaca berita yang menyebut 'sembilan' dengan tepat dan amat jelas. Paling ketara apabila suatu ketika dulu beliau mengendalikan rancangan '999'. Tahniah untuk Zakiah Anas (senior Mass Comm ITM saya beberapa tahun).

1 comment:

Al-Manar said...

Saya ingat orang Teganu saja yang sebut Semilang seumpama 'Makang ikang semilang panggang dalang jambang'.

Walau pun saya bercakap begitu saya ingin membaca bahan bahan yang ditulis dalam bahasa penulisan mengikut kemampuan penulis - tidak sekali kali bahasa rojak yang sedihnya sudah menjadi jadi dikalangan muda mudi Melayu, walau pun diantara yang berkelulusa gedung ilmu.

Tajuk ini menarik.