"Cikgu ke?"
"Tak. Saya editor."
"Oh, tapi gaya nampak macam cikgu. Selalunya cikgu-cikgu je beli pen merah ni," komen juruwang.
Saya pernah sekali dua ditegur begitu semasa membeli beberapa batang pen merah. Begitu tanggapan orang. Pen merah sinonim dengan kerjaya cikgu. Almaklum, kerjaya seorang guru memang popular. Kalau sebut 'editor' jarang yang tau. Kalau 'auditor' mereka lebih tahu.
Suatu ketika pula, saya membawa galei untuk disemak. Saya mengeleknya ke sana ke mari sewaktu singgah di kedai. Galei itu kekadang saya semak (baca pruf) ketika di dalam kereta
menunggu anak tamat waktu belajar di sekolah. Sepuluh minit berbaki
sebelum loceng sekolah berbunyi, saya gunakan untuk proof reading.
Soalan sama dilontarkan orang yang tidak dikenali. Lurus lagi telus soalannya, "Mengajar di mana?"
Saya terpinga-pinga, "Ha!"
"Cikgu kan?"
"Tak."
"Oh, sorry, ingatkan cikgu. Nampak macam cikgu."
Alahai. Sesungguhnya kerjaya cikgu amat saya tidak minat! Pernah juga saya diajukan soalan oleh sahabat lama, mengapa saya tidak jadi pensyarah saja, "Lebih daripada layak," katanya.
Ohhh ...tidak sama sekali. Saya sama sekali tidak berminat menjadikan 'bidang pengajaran' sebagai profesion saya biarpun sebahagian besar ahli keluarga saya bergelar pensyarah termasuk suami sendiri.
Kalau tak minat, jangan dipaksa biarpun gajinya agak 'steady'.
Biarlah saya dengan kerjaya saya yang kadangkala menjadikan kita amat stres bergelut dengan deadline saban
hari, dan wajib menjadi semakin 'nazak' keadaannya setiap kali
menjelang pesta buku tahunan iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur.
Namun begitu, dek kerana kerjaya sebagai editor
inilah Tuhan rezekikan saya bertemu dengan orang-orang hebat, mengurus
terbit karya-karya mereka yang sarat dengan ilmu (Dr Zaharuddin Abdul
Rahman, Ustaz Hasrizal, Prof Muhd Kamil, Chef Adu dll ... .) Syukur alhamdulillah.
1 comment:
teringat cikgu saya, jari di tangan ada kesan dakwat merah... pen bocor...
Post a Comment