Hari ini, banyak pula berita kehilangan kanak-kanak!
Allahu Akbar, saya cukup ralat dengan berita-berita sebegini ... kanak-kanak hilang/diculik di sana sini.
Emak saya selalu berpesan, jika kita ada anak-anak kecil tak usahlah dibawa ke mana-mana semata-mata menuntut kemahuan kita.. Maklum sahaja, kita manusia serba lemah, walaupun tidak cuai menjaganya, kekadang kita terleka secara tidak sengaja. Lebih baik tinggalkan sahaja anak kepada keluarga atau sesiapa sahaja yang boleh dipercayai daripada kita menyesal tak sudah kerana anak tercicir atau hilang.
Sewaktu anak saya masih kecil, saya tidak banyak berjalan ke mana-mana, terutama ke tempat yang ramai manusia seperti di shopping complex. Jika perlu pergi juga, saya pastikan anak ditinggalkan kepada keluarga untuk menjaganya.
Untuk shopping raya, lakukan seawalnya ketika pusat beli-belah tidak dikerumuni oleh last minute shoppers. Dalam keadaan orang ramai, mudah sahaja anak hilang sekelip mata. Bajet boleh dilakukan setahun awal, tidak perlu tunggu bonus yang selalu majikan beri menjelang raya ketika orang lain juga sibuk keluar bershopping. Hendak seribu daya!
Allahu Akbar, anak adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai, tiada galang ganti, tidak boleh diganti dengan wang ringgit mahupun dihimpun setinggi gunung. Jagalah mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Dan juga jangan lupa sentiasa panjatkan doa untuk keselamatan anak. Ajarkan juga kepada anak doa-doa pelindung diri yang mudah dihafal agar sentiasa dalam pengawasan malaikat!
Sesungguhnya banyak doa diajarkan Nabi SAW. Itulah warisan Baginda untuk umat yang dicintainya agar kita semua selamat!
No comments:
Post a Comment