Friday, November 13, 2009

MY E-MAIL ACCOUNT HAS BEEN BREACHED!

Hari ini saya dapati akaun e-mel ( ... @ majikan ... ) saya semakin lama semakin banyak dipenuhi ‘sampah-sarap’ yang tidak berkenaan daripada orang yang tidak berkenaan. E-mel ini sebenarnya saya gunakan untuk urusan rasmi kerja sahaja dan tidak untuk tujuan lain.

Saya mula naik angin!

Saya sudah sediakan beberapa e-mel lain untuk tujuan ‘merapu’ dan ‘bersampah-sarap’, tetapi masih ada individu-individu yang menyalahgunakan akaun e-mel rasmi kerja saya. Saya pun tidak pasti bagaimana ini boleh berlaku.

Kepada sesiapa yang suka ‘memforward’ e-mel (seperti saya) sila gunakan ‘BCC’ dan bukannya ‘TO’ atau ‘CC’ apabila mahu ‘memforward’ e-mel. Langkah ini boleh mengurangkan spam dan kemarahan orang!

Juga tolong jangan gunakan e-mel rasmi saya di syarikat untuk ‘bersosial’ ... TAGGED, FB dll. TOLONG, TOLONG, TOLONG!

Kerjasama anda sekaliannya amat saya hargai. Terima kasih!

2 comments:

Kamariah Kamarudin said...

Puan Suraiya
sabar! sabar! sabar! jangan cepat marah nanti lekas tua heheheh...eh, mana lagu "bismillah" yang sedap tu? bahagia sekali dengar suara kanak-kanak mengalunkannya. dah tukar dah?

SURAIYA PAUZI said...

K,
Hmmm,

Dah tukar lagu lainlah...tukar selera. Pasni nak buh nasyid Sami Yusof pulak...petang ni ke kalu ada masa.

Wah lama dok rumah, ada gak la masa dok blogging yek.