Thursday, July 30, 2009

RESTORAN 'SADURAN'

Pekan Machang di kampung saya kini sudah ada restoran makanan segera. Pizza Hut, KFC, Domino's dan McDonald’s ala Kelantan semuanya di bawah satu bumbung (4 in 1). Lebih kurang one stop centrelah kiranya. Khidmat delivery pun ada juga.
Apabila balik kampung, restoran inilah yang menjadi sasaran kami walaupun rasa dan kualiti makanannya tidak setanding dengan restoran makanan segera popular yang sebenarnya. Yang penting ia halal dan milik orang Islam! Harganya pula jauh lebih rendah.
Kini restoran ini sudah membesar. Tempat makan telah ditambah di bahagian belakang.
Pertama kali kami melihatnya dua tahun sudah, memang agak melucukan. Kini, kami sudah biasa dengannya. Tetapi bagi anda yang pertama kali melihatnya tentu akan kegelian hati kerana berasa canggung dengan namanya.
Lihatlah nama restoran ini dan menunya, semuanya 'saduran'.





2 comments:

SMM said...

Betul tu, memang lucu juga :)
Saya ternanti-nanti bilalah Radix Fried Chicken nak buka cawangan di sini..

SURAIYA PAUZI said...

Mynie:
RFC--aren't we all...semua pakat tunggu, nk wat francais dia modal kena ada over RM1million!