Wednesday, July 1, 2009

KOTOR TAPI CINTA!

Siapa yang tak mahu dan tak suka pada wang? Kurang waras agaknya orang ini jika tidak mahukan wang atau mungkin juga dia seorang yang benar-benar zuhud. Yang pasti, saya tidak kaya dan jauh sekali daripada zuhud.
Siapa tak hendak duit weh! Lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi yang melanda setiap diri kita ini.

Gara-gara gaji yang ‘ciput’ ini juga barangkali ramai yang masih belum menunaikan Rukun Islam kelima. Mengumpul sedikit demi sedikit. Baru sahaja simpanan itu terkumpul, terpaksa pula dikeluarkan untuk memenuhi kehendak semasa yang tidak kurang mustahak.

Walaupun kita disarankan menunaikan haji pada usia kudrat yang masih ada upaya, ada yang terpaksa menunaikannya pada usia lanjut disebabkan tabungan yang pasang surut.

Apa pun, bukan ini yang mahu saya fokuskan (sudah melalut ke lain nih!). Apa yang mahu saya perkatakan ialah ‘wang’ yang kita pegang sehari-hari itu (baik kita kaya atau miskin) sebenarnya merupakan antara benda yang terkotor di dunia ini.

Saya pernah terbaca di dalam sebuah artikel yang saya terlupa dalam majalah apa (kemungkinan besar Reader’s Digest), bahawa duit tersenarai dalam barang yang paling kotor di dunia.

Kotor yang dimaksudkan bukanlah wang haram, tetapi kotor dari segi fizikalnya. Apa tidaknya, duit yang kita pegang itu bertukar tangan dari seorang ke seorang. Daripada tangan penjual ternakan babi (yang barangkali pernah membelai babi), daripada penjual daging babi (sudah pasti memegang daging najis mughalazah itu), atau boleh jadi juga daripada pesakit Selesema Babi, Hepatitis siapa tahu? Akhirnya tiba ke tangan kita yang kemudiannya akan pasti akan berpindah kepada orang lain pula.

Entah berapa juta kuman, bakteria dan najis menumpang huni di atas sekeping duit itu.
Yuck! Yuck! Yuck! Eeeuw … filthy!

Maka, saudara-saudari sekalian yang ada, basuhlah tangan bersih-bersih sebelum makan atau mengendalikan makanan. Itulah hikmahnya solat lima waktu, kena ambil wuduk. Kalau tak diwajibkan solat, barangkali sekali sehari belum tentu kita rajin basuh tangan!

Biar betapa kotor pun engkau wahai duit, aku tetap CINTA padamu! Ceh, mata duitan!

Huwa…waa…!!!!

4 comments:

ummumishkah said...

zaman moden ni mmg perlukan duit, nak buat ibadat pun kurang sempurna kalau tak de duit ni kan? ")

abunyer said...

...pernah tak tengok orang tua selit duit 20 sen kat cuping telinga? ...pernah tak duit 5 sen jatuh dalam longkang? ...pernah simpan duit 50 sen dalam sarung kaki sebab takut kaki buli ambil semasa sekolah rendah dulu?
... duit syiling lagi kotor terutamanya bila tengok budak-budak atau baby mengemamnya...

suraiya said...

ummumishkah:
Iya, tepat sekali.

abunyer:
Anak saya bukan aje kemam syiling, malah telan lagi. Mujur tak mati.

mZm said...

'duit kotor oleh tangan kotor'