Thursday, June 25, 2009

CUBA SEBUT 'ADOBE'!

Cuba anda sebut "ADOBE" ... ya ... ya ... ADOBE pengeluar software komputer itulah. Yang mana lagi.

Ha, cuba sebut!

Saya ini boleh dikatakan agak jahil tentang dunia pengkomputeran. Hanya tahu menggunakan MSWord, PowerPoint dan mengakses Internet. Jika berlaku sebarang gangguan pada komputer saya, maka saya akan meminta bantuan daripada mereka yang tahu.

Ironiknya, mereka yang arif komputer ini kadang-kadang agak jahil tentang sebutan istilah-istilah berkaitan IT ini, berbanding saya yang amat jahil tentang pengkomputeran, tetapi saya sekurang-kurangnya tahulah juga menyebutnya dengan betul.


Yang paling ketara sekali ialah sebutan ADOBE!

Ooooo…bukan sedikit orang yang salah menyebutnya. Mereka menyebutnya dengan sebutan “A-DOB”!!!



Di mana-mana pun “A-DOB” dan “A-DOB” dan “A-DOB” lagi yang saya dengar. Sama ada disengajakan atau mereka sebenarnya jahil ... benar-benar tidak tahu.

Bila adik ipar saya menyebutnya dengan sebutan betul, dia digelakkan oleh suami dan kakak iparnya. Lalu saya pun menyampuk, “Betullah tu…”

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sebutan betul untuk ‘ADOBE’ ialah “A-DO-BI” bukan “A-DOB”.

Jika dalam Inggeris mungkin sebutannya begini “AH-DOE-BEE” (menyebutnya 'DOE' as in 'DOE' yang bererti rusa betina).

Sila ke Wikipedia untuk maklumat lanjut: http://en.wikipedia.org/wiki/Adobe_Systems

Dalam bahasa Inggeris adobe juga merujuk kepada bata yang diperbuat daripada campuran tanah liat dan jerami!

7 comments:

Mynie said...

phew, nasib baik saya sebut betul hehe.. walaupun tiada beza mungkin, sama ada kita sebut betul atau tidak, orang faham juga..

p/s: sedikit panas telinga bila dengar orang sebut selangor 'se-lay-ngor'

suraiya said...

Mynie,

"Se-lay-ngor" itu bagi orang yg perasan nak jadi omputih kot.

ummumishkah said...

saya pun sebut adob laaa... :)

abunyer said...

huhh.... saya pulak nasib baik pernah dengar engineer software menyebutnya dulu.. cuma slanga saya jadi 'ah doe bay' sikit-sikit ada persamaan. (pengguna otai). Nasib baik saya tak sebut adopt.... hik hik hik.

Anonymous said...

Satu lagi perkataan yg ramai org M'sia silap sebut ialah 'liaise'.
Sebutan yg betul boleh didapati di sini: http://forvo.com/word/liaise/

suraiya said...

Ummumishkah:
Ooo ye ke. Skg dh tau kan!

Abunyer:
Mmg otai!

Anonymous:
It should be pronounce LEE-YAIZE...ehh ye ke, entah2 aku pun salah sebut...heee!

anuar said...

erm... nasib baik aku sebut betul... sb lecturer aku ajar dulu.. hehe... pernah dgr org sebut adob... tapi bila cuba betulkan dia kata kita salah, so baik diam sambil ketawa dalam hati.. hehe