Sepanjang Syawal terasa sengkak perut dek penangan jamuan/majlis rumah terbuka yang seakan tiada penghujungnya. Terseksa benar hendak menghabiskan puasa enam.
Bermula dengan majlis Idilfitri anjuran bersama Galeri Ilmu tempat saya bekerja dengan Munsyid, diikuti pula undangan-undangan dari organisasi-organisasi dan individu perseorangan dan kenalan.
Undangan dari organisasi-organisasi tertentu dipenuhi dicelah-celah kesibukan kerja. Manakala di pejabat saya sendiri, saban hari ada sahaja teman-teman sekerja telah bermurah hati menyediakan juadah. Ada juga jamuan mengikut jabatan. Barangkali, kerana 'membalas dendam' apabila Majlis Idilfitri anjuran Galeri Ilmu dan Munsyid tidak seperti diharapkan. Ada yang tidak dapat makan dan kepenatan kerana melayani jumlah tetamu yang di luar jangkaan. Ada yang 'memoncong' mulutnya dan sudah tidak mampu lagi melemparkan senyum. Kasihan!
Apa pun selepas ini, diharapkan majlis idilfitri pada masa-masa hadapan, biarlah kecil sahaja (kita-kita). Alasannya mudah saja iaitu biarlah staf rasa seronok, terasa diraikan, tidak rasa terkilan dan majlis tidak menjadi isu ngomelan keesokan harinya dan beberapa hari berikutnya, sekali gus topik bualan itu mengundang dosa. Sesungguhnya, staf yang mencurahkan tenaga bekerja sepanjang tahun juga berhak untuk diraikan (selama ini sering merai dan melayan tetamu), biarpun pahala meraikan tetamu itu sungguh besar, tetapi jika dibuat dengan separuh hati barangkali kuranglah pahalanya. Rasa seronok diraikan, besar impaknya dari segi psikologi dan juga dalam hasil kerja kemudiannya...wallahu'alam!
Dipaparkan beberapa imej aktiviti persiapan sebelum majlis berkenaan berlangsung... memunggah selonggok pasir lebihan ubah suai premis, menggantikan batang paip yang kerap dicuri manusia yang tiada hati perut, membersihkan kaki lima dll.
2 comments:
salam
wah dah ada rumah baharu; nanti senang2 nak juga berkunjung. dapat gak jemputan daripada kak shima tempohari tetapi masa tu i masih kat cairo
wei, u baik dengan tauke munawarah? agak2nya kalu beli tudung kat situ dapat diskau tak? i dan kawan2 nak p beli ni, boleh tak u temankan?
Kak Nah Munawwarah, sekadar kenal biasa, tak rapat. Kenalan rapat pun khabarnya tiada diskaun istimewa. Tunggu sales bulan Feb (kalau tak silap) kalau nak murah.
FYI saya tak minat tudung sedemikian...yang 'cokiya' gak yang sesuai dan selesa...marhaen aje taraf i ni.
Post a Comment