Sunday, September 21, 2008

Murtabak oh murtabak

Siapa tak kenal dan tak pernah lihat murtabak ertinya dia memang tak guna. Kalau kena yang sedap, memang kick bila makan lebih-lebih lagi pada bulan puasa sebegini.
Semasa bertugas di Mesir pada bulan puasa, saya teringat dan kempunan betul nak makan murtabak Kayu Ara (di bazar Ramadan kat rumah)...ooo...mmm cuma bayangkan rasanya di dalam kepala sahaja. Rasanya, murtabak Kayu Ara yang sedap setakat ini yang pernah saya cuba.
Ada orang rekomenkan pula murtabak di Bazar Ramadan Sg. Pencala...ada 2,3 tempat yg menjualnya, tp yg dikatakan yg sedap itu ialah yang kena berbaris panjang hingga melingkar queuenya kalau nak beli. Saya pun ikut queue sama.

Murtabak yang sedap ialah yang banyak dagingnya. Ya, memang murtabak Sg. Pencala itu byk daging dan boleh dikategorikan sedap jugalah tapi masih tidak dapat menandingi murtabak Kayu Ara.

Apa yang membezakan kedua-dua murtabak itu?

Pertamanya, murtabak Kayu Ara nipis dan empat segi. Manakala murtabak Sg. Pencala tebal dan bentuknya tidak standard, seakan-akan bulat tp tak bulat, ada juga yang hampir empat segi. Apa pun, bentuk murtabak tidak mempengaruhi rasa.

Keduanya, murtabak Kayu Ara, bawangnya halus dan tidak terasa bila dimakan, tp murtabak Pencala hirisan bawangnya saiz XL. Saya pantang bawang yang nampak dan rasa seketul-ketul, pasti akan dikorek keluar dan dibuang.

Ketiganya, murtabak Kayu Ara daging bertaburan dan menyeluruh dalam sekeping murtabak (every square inch penuh daging), tapi murtabak Sg. Pencala dagingnya besar tapi tidak rata dalam sekeping murtabak. Ada tempat-tempat yang ter'miss' out, sebab tempat itu diambil oleh hirisan bawang yg saiz XL.

Keempatnya, murtabak Kayu Ara dijual pada setiap Ahad di pasar tani walaupun bukan bulan Ramadan dan setiap hari di bazar Ramadan. Tapi murtabak Sg. Pencala dijual pada bulan Ramadan sahaja.

Apapun, pencecah murtabak Sg. Pencala lebih sedap berbanding pencecah Kayu Ara...tapi saya jarang makan murtabak dengan pencecahnya...lebih enak dimakan begitu saja (sekadar meminjam slogan roti Gardenia).

Kini ada satu lagi port murtabak yang sedap...buatan restoran Al-Safa (juga di Kayu Ara...sorry to say lah), restoran mamak. Memang kick habis. Tapi yang tak syoknya, harganya sekali ganda mahal berbanding harga muratabak yang dijual di gerai-gerai biasa. Satu keping murtabak Al-Safa kita boleh dapat dua keping murtabak dari bazar Ramadan.

Aisey...teringin pulak nak makan murtabak diraja...ada di Kota Bharu saja yg ni...RM12 sekeping tu....dah lama tak pekena.

Satu hal lagi, kepada pembuat murtabak...pencecah bawang + cuka tu, tak leh ke kalau tak diwarnakan merah? Biarkan sahaja putih. Murtabak diraja putih je cecahnya tu, tapi sedap gak. Kekadang ada yang letak perasa ros...yai...tak menarik langsung...tu pasal malas dan jarang nak cecah. Bungkusannya tak buka pun, terus buang...

Tak da plak pix murtabak nak letak dalam entry ni...

7 comments:

Keri AlHaj said...

hehehe gambar murtabak tu, baik jugak jgn isi... poser2 ni... mencabar tahap kesabaran tuu

Keri AlHaj said...

murtabak di raja tu macam mana rupa dia

Kamariah Kamarudin said...

salam
waduh! bila bercakap pasal murtabak, teringat adik i kat mesir, dia paling suka murtabak kalau menjelangnya ramadan; maknanya sepanjang ramadan, hari2 pasti dia berlengang bawa balik murtabak, hehehe. kenangan abadi kerna kami pernah jadi housemate selama lbh kurang 5/6 tahun. jadi, masuk ramadan kelima yang lalu, saya pesan suami suruh beli murtabak di bazar ramadan bangi sebab tetiba sahaja teringat adik nun jauh di mata. lalu saya bagi kamila makan, wah! dia pun suka murtabak rupanya. kini, murtabak hidangan penting sepanjang ramadan selang 2 hari sekali. anak i ikut jejak langkah paksunya hehehe.

Anonymous said...

cik yg suka murtabak.pastikan penjual murtabak tu basuh telur.kalu tak,makan tahiiik ayam aje la.agaknya selama hidup ni dh berapa kilo termakan benda tu ye...uwekkk.

SURAIYA PAUZI said...

Ohh, memang saya dah tau lama pasal hukum penggunaan telur...no worries...of coz la kena basuh. Bukan telur je yg perlu diambil peduli, byk benda lain yg masuk ke perut kita kena prihatin. Cuma dari segi hukum fikah, yg dikira telur ialah isi di dalam, bukan kulitnya or najis ayam yg melekat di luarnya. Tp utk jamin kebersihan halalan toyiban, sewajarnya basuh dulu.

Murtabak diraja, tebalnya seinci...sedap weh!

Anonymous said...

salam kak su,
hehe..lepas ni sahih keluar artikel murtabak (zat dan kelebihannya)..baru masuk blog kak su, tahniah la. tumpang baca na. Ummu dok merujuk selalu tesis MA kak su kat library UM, SUMBANGAN YANG BESAR pada orang lain. terima kasih

SURAIYA PAUZI said...

Thank you...iisy...tesis tu ye...