Kejadian ini berlaku hari ini beberapa jam lalu. Anak saya di ruang tamu menonton Shrek. Tika itu saya di dapur membasuh periuk nasi dan pinggan kotor yang berbaki. Tiba-tiba anak saya berlari ke dapur dan menerpa saya. Matanya dah terbalik dan dia mencungap seakan-akan hampir putus nyawa. Kelihatan seperti tercekik...
Naluri saya mengatakan ada sesuatu yang tersangkut di kerongkongnya. Lantas tangan saya melempar periuk di tangan dan senduk nasi terpelanting ke lantai dapur, bukannya ke singki. Begitu keadaannya apabila kita panik, bertindak di luar jangka dan duga.
Segera saya capai anak dan menunggangnya kepala ke bawah dan kaki ke atas. Luar biasa juga tenaga saya ketika itu...entah dari mana datangnya tenaga itu saya tidak pasti. Biasanya saya tidak terdaya hendak mengangkat dan mendukungnya kerana beratnya telah bertambah.
Beberapa kali menepuk belakang dalam keadaan kepalanya ke bawah...melantun keluar syiling 10 sen dari mulutnya. Serentak itu juga dia muntah...dari mulut dan hidung keluar susu yang baru diteguknya. Segala isi perut keluar. Kasihan sungguh. Lantai dapur melambak dengan susu berbau masam...aduh... tidak terkata betapa paniknya saya.
Syukur nyawanya masih panjang. Tercekik atau tersedak sesuatu di kerongkong boleh menyebabkan maut dalam sekelip mata jika tidak diberi rawatan segera.
Syukur jua kerana anak saya sudah cukup cerdik kerana segera berlari mendapatkan bantuan emaknya.
Juga saya bersyukur kerana pada saat itu saya tidak mandi di bilik air kerana tidak mungkin anak kecil itu berjaya berlari ke atas dan tidak mungkin dia mampu menjerit minta dibantu. Tidak mahu saya bayangkan jika saat itu saya benar-benar di tingkat atas. Tentu sekali tidak sempat dia minta bantuan.
Sukar bagi saya untuk memaafkan manusia yang tidak bertanggungjawab meninggalkan duit syiling ataupun apa-apa objek kecil di sana sini. Berkali-kali berpesan, berkali-kali berleter, berkali-kali mengingatkannya supaya menjadi insan yang berdisiplin...tapi belum menampakkan kesan. Nasihat...to no avail!
Sakit hati kerap singgah apabila berdepan manusia-manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, tidak ambil peduli langsung susah payah kita menjaga kekemasan rumah. Memerhatikan sikap dan tingkah laku mereka ini, saya tidak hairan mengapa hidupnya sering terumbang-ambing...selagi tidak mahu mendengar nasihat, selagi tidak ada disiplin hidup, tiada jaya yang akan ditempa. Berjaya akademik mahupun kerjaya tidak bermakna kita berjaya menjadi insan yang baik dan di redhai-Nya.
Apa pun syukur alhamdulillah kerana Ammar Hadi pulih...sesungguhnya saya belum bersedia untuk kehilangannya. Mujur juga saya pernah mempelajari ilmu rawatan kecemasan sewaktu di alam kampus dulu melalui PBSM yang saya sertai. Pasti saya akan menambahkan lagi ilmu tersebut melalui pembacaan.
Kepada para ibu bapa, suka saya seru pelajarilah ilmu rawatan kecemasan kerana kita tidak tahu bila waktunya ia diperlukan. Paling tidak, belajarlah ilmu yang asas.
Moga anakanda AMMAR HADI sentiasa dalam lindungan Allah, panjang umur dan paling penting menjadi hamba Allah yang bertakwa. Moga menjadi manusia yang disenangi ramai dan tidak menyakitkan hati orang lain. Dewasa kelak lengkapkan di dada dengan ilmu agama dan amalkannya. Pimpinlah orang-orang di sekeliling kita ke jalan yang diredhai Allah.
2 comments:
salam..suraiya
saya, yusnita yusoff (kenal?PR)-. suspen,terharu dan tersentuh hati membaca saat ammar tercekik duit siling. tak boleh imagine, if i were to experience.
dapat rasa, macamana bimbang perasaan suraiya...
ya,insyallah semua si kecil seperti ammar akan sentiasa dilindungi Allah dan dipelihara keselamatan mereka.amin
especially bila kita cuma ada anak seorang or dua orang(macam saya).take gd care of Ammar.wasalam
salam kembali
Yus...yup still vivid in my mind. Mcm2 dugaan kalau dh ada anak kan? Jaga takat yg mampu, selebihnya serah kepada Pemiliknya yang mutlak. Hanya doa yg dpt kita panjatkn.
take gd care of ur kids too. thanks 4 visiting.
Post a Comment