
ENTAH mengapa sejak tersiarnya akan dibina sebuah lagi skyscraper di Dubai, hati ini tidak tenteram. Malah, bangunan tersebut bukan sahaja tinggi, tetapi boleh berputar mengikut musim. Model/simulasi dari komputer yg disiarkan di berita malam semalam, menunjukkan bangunan yang bakal dibina di Dubai itu boleh bergerak dan berputar dengan efisien sekali, umpama robot transformers.

Sejak mula dibina Burj Dubai Tower (menara tertinggi di dunia, dijangka siap 31 Oktober 2008), hati ini juga sudah tidak tenteram. KLCC bukan lagi yg tertinggi. Dunia kini berlumba-lumba membina pencakar langit. Petanda-petanda akhir zaman itu semakin hampir dan hampir dan hampir.Seiringan dengan itu, bencana alam berlaku semakin menjadi-jadi. Bermula dengan tsunami yg melanda Aceh pada 2004. Manusia insaf sebentar, namun alpa semula. Kedatangan Nargis, taufan, banjir dan gempa bumi di merata alam nampaknya belum dapat menyedarkan manusia yang terus hanyut dalam nikmat duniawi.
Satu per satu Allah datangkan alamat, supaya kita bersiap sedia...jua kita tidak sedikit pun ambil iktibar.
Bumi ini sudah tenat, tidak sanggup lagi menanggung beban kemusnahan yang dicetus manusia, dunia sudah tidak berdaya lagi memikul beban maksiat dan dosa yang manusia lahirkan.
Bukankah Rasulullah SAW ada menyebut, bahawa umatnya akan bertahan selama 1500 tahun? Kemudian akan datang kiamat, hari yang dijanjikan Allah sebelum datangnya akhirat. Jika diambil kira tahun hijrah, kini sudah 1429 tahun berlalu, ditolak dari 1500 tahun...berapa tahun lagikah baki kehidupan umat manusia di atas muka bumi ini?
Benar, kita tidak tahu tarikh sebenarnya berlakunya kiamat. Benar, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Namun, sudah terlalu banyak tanda besar kiamat hampir-hampir berlaku.
Usia dunia yang berbaki sudah terlalu meruncing. Sesungguhnya kita kini berada di hujung nyawa dunia. Barangkali anak cucu kitalah yang akan mengalaminya...Aduh! Sudahkah kita mempersiapkan mereka dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi HARI YANG DAHSYAT PENUH KENGERIAN ITU?SUDAHKAH KITA BERTAUBAT?
Sama-sama kita lakukannya sebelum pintu taubat ditutup untuk selama-lamanya!
---------
Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah-belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda-tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:
1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).
Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir.
(Dipetik dari http://permai.tripod.com/tanda.html)