Monday, July 1, 2013

SENJA SEMALAM

Senja semalam sungguh indah sekali. Ketika itu saya berada di laman rumah, baru sahaja sampai ke rumah dari rumah emak yang tidak jauh jaraknya.


Sewaktu memakirkan kereta, saya merenung ke langit. Oh indahnya mega tatkala matahari berlabuh.


Tiada jerebu yang menghijab. Jarang-jarang dapat disaksikan fenomena alam yang menakjubkan ini di sekitar tempat tinggal saya biarpun pada waktu tidak berjerebu. Lantas, saya mengambil kamera dan merakamkan ciptaan Allah yang indah ini. Subhanallah.

No comments: