Friday, March 9, 2012

MUJUR

'Mujur' - perkataan yang sering diungkapkan oleh kebanyakan orang Kelantan atau orang Pantai Timur umumnya.

Contohnya jika seseorang itu kemalangan dia akan berkata begini: "Mujur tak cedera."

Kalau cedera pula dia atau orang yang bercerita tentang kemalangan itu akan berkata, "Mujur tak teruk."

Kalau cedera teruk pula akan dikatakan begini, "Mujur tak mati."

Kalau mati pula, habislah ceritanya. Atau mungkin juga begini, "Alhamdulillah, mujur arwah sempat mengucap."

Ayah saya mengungkai erti 'mujur' itu dalam kehidupan manusia. Katanya, 'mujur' yang sering disebutkan itu adalah suatu bentuk doa. Doa yang dulu-dulu kita ucap, Allah makbulkan dalam bentuk 'mujur' pada ketika berlaku sesuatu keadaan. Contohnya dalam hal kemalangan tadi.

Maka jangan berat mulut untuk menyebut 'MUJUR' dalam kehidupan seharian kita. Kerana ia adalah doa. Kita tidak tahu dan tidak pasti bila kita akan memerlukannya.

2 comments:

Mynie said...

Gantikan semua 'nasib baik' dengan 'mujur' :)

School Of Tots said...

Ungkapan mujur ini memang sinonim sebagai melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah. Setiap ujian daripada Allah tentunya ada hikmah yang acap kali tidak tercapai oleh akal kalau hendak dicongakkan. Yang penting yakin pada Allah, bukan sekadar percaya.