Tuesday, February 21, 2012

Ah Long Oh Ah Long!

Pagi ini setiba saya di pejabat, saya lihat tiang dan dinding pejabat penuh bertampal sticker ah long. Segera saya kopek dan buang sebelum ia sebati dan sedaging dengan dinding serta sukar ditanggalkan. Cuma yang ditampal tinggi tidaklah saya mampu menanggalkannya. Perlu panjat tanggalah pula.


Tidak kurang 20 keping semuanya.

Mereka ini tidak serik-serik mengiklankan khidmat memberi hutang kepada orang ramai. Hampir segenap dinding dan daerah terdapat iklan sebesar tapak tangan ini. Terkadang hingga menutup papan tanda jalan.

Jika dulu di pejabat kami, ada Encik Abu yang rajin menanggalkan iklan haram ini, kini beliau sudah berhijrah, sesiapa yang rasa ada tanggungjawab terhadap syarikat dan masyarakat, sama-sama menanggalkan iklan ini.

Barangkali majikan saya perlu meniru TNB yang meletakkan tanda amaran sesiapa yang menampal sebarang iklan akan didakwa. Saya perhatikan peti voltan TNB tidak lagi dipenuhi dengan iklan-iklan ah long.

Jiran kami syarikat Shamawar juga meletakkan notis tidak membenarkan sebarang aktiviti penampalan di sekitar premisnya, malah melepak juga tidak dibenarkan di kaki limanya. Justeru sekitar premisnya nampak kemas.

Sesungguhnya, sakit mata memandang. Imej negara tercemar dengan kegiatan biadap kurang ajar ini. Maka menjadi tanggungjawab kita bersama membendungnya. Tapi berapa ramaikah di kalangan kita yang ambil kisah dengan sikap 'pedulisme'?


2 comments:

SMM said...

Submit nombor telefon yang terpapar kepada 'penghantar sms spam' (smsm marketer) hehe..

abunyer said...

wah! dah ada pengganti saya. saya akan merindui kerja-kerja ini, sbb di sini belum merebak lagi sticker macam tu....
hih hih kelakar.