Wednesday, December 7, 2011

YANG MUNGKAR, YANG FASAD DAN YANG BATIL

Semalam ketika saya berhenti di lampu isyarat menunggu lampu hijau menyala berhampiran Sungai Penchala-Mutiara Damansara saya memandang cermin pandang belakang. Sebuah VW Beetle merah menghampir di belakang.

Apabila kereta itu berhenti di belakang kereta saya, dapat dilihat jelas gelagat pemandu dan penumpang di sebelahnya. Ayoyo! Berkucupan dan berpelukan mesra. Ceh! Tak reti malu. Walaupun di dalam kereta, orang boleh nampak hendaknya pula kalau cahaya matahari cukup terang.

Kebetulan, lama pula lampu merah itu.

Saya perhatikan lagi gelagat tak senonoh pasangan yang sedang khusyuk memadu asmara itu ... saya tiba-tiba jadi loya!

Laa haw lawalaaa ... astaghfirullah ... lailahaillallah ... saya berisitighfar dan mengucap panjang.

Kalau dilihat roman muka, mereka itu Melayu totok. Itu tidak pelik, kerana ramai pasangan remaja sekarang bercouple terang-terangan tanpa segan-silu.

Kalau laki-bini pun, apa nak diherankan sangat bercanda di tempat terbuka pada zaman serba cyber ini.

Tapi pasangan di dalam VW itu lesbian! Dua-duanya perempuan Melayu. Itu yang menyebabkan saya loya. Yang memandu berambut panjang, yang duduk di sebelahnya rambut pendek sedikit.

Selepas berkucupan, si rambut panjang mengusap-usap rambut pasangannya. Saya tidak sanggup lagi melihat dan menambahkan dosa mata.

Euuuuw!

"Ya Allah, ngapa lambat pulak lampu tu nak hijau? Jauhkan aku daripada maksiat di belakang keretaku ini."

Itulah pertama kali saya melihat lesbian beraksi.

Remaja hari ini semakin lama semakin berani bermaksiat. Semakin hari semakin banyak pula yang melakukannya. Semakin galak!

"Ya Allah! Engkau peliharalah zuriat dan keturunanku daripada segala kemungkaran, kefasadan dan kebatilan di dunia ini. Amin amin ya Rabbal Alamin."

p.s. Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan PAS melebarkan pemerintahannya di Malaysia ini. Pasti gejala maksiat dapat dibendung dengan baik!

3 comments:

Web Sutera said...

Begitulah, Puan Suraiya. Apabila syaitan sudah membelenggu nurani.

abunyer said...

mempraktikkan apa yang dihidangkan pada masyarakat oleh Harian Metro di setiap muka depan tabloit. Lepas solat subuh kelihatan pak aji dan pak lebai hinggalah ke budak tadika ter'saji' dengan berita sensasi pelaris akhbar mereka. Akhbar terlaris di Malaysia.

*Mawar Nafastari* said...

salam puan suraiya..

bagaimana ya penerbitan buku travelog nafastari tu? saya sedang menanti jawapan dari pihak puan..

boleh emel ke emel saya
nurbaya85@hotmail.com