Tuesday, August 24, 2010

SEMAKIN DILUPAKAN

"Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut apabila rumah tempat menyimpan mercun meletup. Mayatnya dijumpai tersangkut di atas sebuah pokok ..."

Begitu bunyinya siaran berita yang saya dengar di Sinar FM suatu pagi. Ketika itu saya sedang memandu untuk menghantar anak ke tadika sebelum ke pejabat.

"Huh ... sebatang pokoklah, bukan sebuah pokok," komen saya sendirian.

Saya tidak pasti sama ada orang lain perasan atau tidak penjodoh bilangan dalam kegunaan bahasa Melayu kini semakin dilupakan--tidak berapa digunakan lagi. Kalau diguna pun, salah pula seperti contoh di atas.

Saya perhatikan, kita lebih suka menggunakan perkataan 'satu' berbanding 'sebuah', 'sebentuk', 'sebilah' dan seumpamanya.

-Ada satu rumah putih di hujung jalan sana.
-Saya ada satu kereta sahaja.
-Hanya ada satu pisau di dapur.
-Dia kehilangan satu cincin emas semalam.

Bukan sahaja dalam penulisan, lebih ketara lagi dalam perbualan harian. Penjodoh bilangan semakin hari semakin dilupakan.

2 comments:

intankhalid said...

Salam Sue,

Setuju sangat!!! Sememangnya begitulah gaya bahasa kita hari ini...entahlah! boleh jadi keliru, bahasa melayu aku pun semakin tunggang-langgang :(

Aku nak cadangkan...mungkin kau juga patut menulis tentang pengunaan peribahasa/ kosa kata bahasa Inggeris yang dimelayukan oleh wartawan2 akhbar berbahasa melayu cth unsung heroes - wira tanpa nobat, think out of the box - berfikir diluar kotak dsbgnya.

SURAIYA PAUZI said...

Hee2, Intan, aku ni bukan pakar bahasa, sebab tu selalu kacau Rozie tanya itu dan ini.