Tuesday, December 2, 2014

MACHANG DI HATIKU


Tiada yang lebih seronok dan mengujakan selain dapat berjalan-jalan makan angin dan melupakan seketika hal ehwal kerja di pejabat.

Walaupun telah lama berlalu, saya masih mahu abadikannya di sini percutian di kampung pada 16 September lalu (cuti umum Hari Malaysia).

Sudah lama tidak berkereta pulang ke kampung. Cuma saya, emak dan anak. Kami tiga beranak saja. Sudah bertahun-tahun jugalah saya tidak memandu sendiri pulang ke kampung.

Alhamdulillah, di luar musim perayaan, jalan raya agak tenang dan kurang memenatkan.

Terubat rindu pada nenda yang sudah sekian lama saya tidak berpeluang menjenguknya. Puas juga dapat ke sana ke mari ke mana sahaja hendak pergi kerana bawa pulang kenderaan sendiri (err ... pinjam kereta adik sebenarnya).

Yang selalu diharapkan anak saya kalau pulang ke kampung ialah ke Hutan Lipur Bukit Bakar. Mandi sungai. Pernah agak lama juga saya tidak layan permintaannya untuk mandi-manda di situ setelah ada laporan tentang ada pengunjung terkena kencing tikus.

Seterusnya yang wajib pergi dan tidak ketinggalan ialah ke pekan Machang sendiri. Wah, ada benda menarik kali ini. Street Art di Lorong Cek Mek Molek. Tahniah kepada adik-adik pelajar yang mengubah wajah lorong tersebut yang dahulunya berlumut dan tidak selera orang hendak lalu di situ.

Dan yang paling teruja kalau balik kampung, kami pastikan menempuh hari Isnin, kerana tak mahu ketinggalan Pasar Isnin yang memenuhi segenap jalan raya di pekan Machang. Macam-macam ada. Bagi yang kaki shopping, inilah masanya. Dari barang-barang antik, kain baju, buah-buahan, sayur kampung dan sayur tak kampung, semuanya ada. Saya pula selalu menunggu peluang ini untuk membeli makanan yang sukar ditemui di negeri lain!

Pasar Isnin sehingga tengah hari. Namun kemeriahan pekan Machang akan berterusan hingga malam kerana akan disambung oleh pasar malam pula.

Yang bagusnya, apabila azan berkumandang, penjual akan meninggalkan barang jualan masing-masing untuk menyahut seruan-Nya di Masjid Sultan Yahya Petra di seberang jalan!

Tumpang duduk sejenak di anak tangga untuk makan!
Sempat juga kali ini merakam gambar Masjid Sultan Yahya Petra di pekan Machang yang memenangi anugerah Johan Masjid Daerah terbaik peringkat kebangsaan 2014. Tahniah kepada pihak pengurusan masjid! Kami tumpang bangga!

Hasil kreativiti anak-anak muda. Terbaik!













Wajib ke Hutan Lipur Bukit Bakar jika cuaca elok.

Tahniah Masjid Sultan Yahya Petra!
Beginilah sibuknya Pasar Isnin.

Ini buah yang 'rare' jarang dijumpai zaman ini. Apa namanya pun saya dah lupa. Boleh ditemui di Pasar Isnin.

Barang tembaga antik pun ada!

Tak kira panas atau hujan, tetap dikunjung orang ramai.


Aneka juadah menyelerakan.

Minyak wangi bermacam aroma!

Kain ela corak up-to-date!

2 comments:

Tuan Juhaida said...

salam, bagus entry ni. saya pun ada ibu dan bapa saudara yang tinggal di Machang ni.walaupun selalu bila balik kg , selalu singgah sini utk ziarah famili tapi tak pernah pula tahu ada street art kat Machang ni.tq for the info.menarik!

SURAIYA PAUZI said...

Tuan Juhaida, pekan Machang tak besar mana, mudah mencari lorong Cek Mek Molek...belakang kedai jam dan kedai emas aje! :)