Memerhati dengan mata. Merasa dengan pengalaman. Menegur kerana kewajipan.
Friday, December 5, 2014
BUAH KERANJI OH BUAH KERANJI
Ini buah keranji. Buah keranji dari Sarawak pemberian Puan Zuraidah sejabatan! Terima kasih. Dah habis makan pun. Sedap dan manis. Isinya hitam. Terima kasih.
Buah keranji ni ada macam-macam jenis. Kalau di negeri saya di Kelantan banyak dijual di dalam pasar. Tapi buahnya kecil-kecil dan isinya warna jingga. Kulit sama warna, hitam seperti keranji Sarawak ini. Rasanya masam-masam manis. Nipis saja isinya. Sekadar dikemam-kemam saja.
Pernah suatu ketika ketika usia saya sekitar empat tahun barang kali. Saya mengutip buah keranji yang banyak bertaburan di tepi jalan. Saya kutip satu per satu hingga penuh segenggam. Lalu saya bawa kepada emak dan tunjuk kepadanya.
Yikes! Wakakakakaaaaa, rupa-rupanya bukan buah keranji yang saya kutip, tapi tahi kambing! Kwang, kwang. Sampai sekarang ini, kalau ada buah keranji di rumah sama ada orang beri atau beli ketika pulang ke Kelantan, emak saya akan ungkit semula kisah ini! Diceritakan pula kepada cucu-cucunya! Aduhhh!
Pantun popular buah keranji:
SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN SAYA MAKAN
SURUH MENGAJI SAYA TAK MAHU
Tuesday, December 2, 2014
MACHANG DI HATIKU
Walaupun telah lama berlalu, saya masih mahu abadikannya di sini percutian di kampung pada 16 September lalu (cuti umum Hari Malaysia).
Sudah lama tidak berkereta pulang ke kampung. Cuma saya, emak dan anak. Kami tiga beranak saja. Sudah bertahun-tahun jugalah saya tidak memandu sendiri pulang ke kampung.
Terubat rindu pada nenda yang sudah sekian lama saya tidak berpeluang menjenguknya. Puas juga dapat ke sana ke mari ke mana sahaja hendak pergi kerana bawa pulang kenderaan sendiri (err ... pinjam kereta adik sebenarnya).
Seterusnya yang wajib pergi dan tidak ketinggalan ialah ke pekan Machang sendiri. Wah, ada benda menarik kali ini. Street Art di Lorong Cek Mek Molek. Tahniah kepada adik-adik pelajar yang mengubah wajah lorong tersebut yang dahulunya berlumut dan tidak selera orang hendak lalu di situ.
Pasar Isnin sehingga tengah hari. Namun kemeriahan pekan Machang akan berterusan hingga malam kerana akan disambung oleh pasar malam pula.
Yang bagusnya, apabila azan berkumandang, penjual akan meninggalkan barang jualan masing-masing untuk menyahut seruan-Nya di Masjid Sultan Yahya Petra di seberang jalan!
Tumpang duduk sejenak di anak tangga untuk makan! |
Hasil kreativiti anak-anak muda. Terbaik! |
Wajib ke Hutan Lipur Bukit Bakar jika cuaca elok. |
Tahniah Masjid Sultan Yahya Petra! |
Beginilah sibuknya Pasar Isnin. |
Ini buah yang 'rare' jarang dijumpai zaman ini. Apa namanya pun saya dah lupa. Boleh ditemui di Pasar Isnin. |
Barang tembaga antik pun ada! |
Tak kira panas atau hujan, tetap dikunjung orang ramai. |
Aneka juadah menyelerakan. |
Minyak wangi bermacam aroma! |
Kain ela corak up-to-date! |
Subscribe to:
Posts (Atom)