Kali ini memandu jauh ke Perlis untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara di sana. Dalam usia yang sudah masuk '40 karat' ni terasa sangat cepat letih. Itu pun bergilir memandu dengan adik.
Dari segi jalannya, tidaklah mencabar sebagaimana memandu balik ke Kelantan kerana ada lebuh raya. R&R pula ada di sepanjang jalan. Jika memandu ke Kelantan, saya angkat tangan surrender awal-awal lagi, takkan memandu balik.
Bagaimanapun dek kerana musim hujan dan hujannya juga lebat, terasa juga tercabar memandu ke utara tanah air. Apabila hujan mencurah turun dengan lebat, berserahlah kepada Tuhan agar perjalanan selamat. Hendaknya pula apabila sudah malam. Mata pun semakinlah kurang nampak.
Lega sungguh sebaik tiba di hotel di Kangar. Enak sungguh menikmati bekalan yang Emak sediakan. Dan tidak sangka pula rupa-rupanya ramai juga saudara-mara yang turut menginap di hotel yang sama untuk menghadiri majlis perkahwinan berkenaan keesokan hari.
Sudah lama saya tidak ke Perlis. Agak saya sudah 10 tahun. Itu pun kerana mengikut rombongan kahwin abang yang berkahwin dengan empat pupu, (waris sebelah Perlis). Selepas itu saya tidak pernah ke utara lagi hinggalah hujung minggu lalu.
Esoknya, kami ke majlis kahwin itu di Kampung Santan. Oh, sungguh enak masakannya terutama gulai lemak ikan kering ... memang berbaloi memandu jauh!
Sayangnya tidak banyak gambar dirakam kerana tidak bersedia dengan kamera.
Ini saja foto yang terakam bersama anak saudara. Puas hati makanan ala kampung yang sungguh sedap.
Datang ke Perlis tergesa-gesa. Pakaian pun tidak ada spare, sekadar cukup-cukup untuk hadir kenduri dan terus pulang ke KL.
Teringin benar merakam gambar berlatarbelakangkan sawah padi, apa boleh buat hujan!
2 comments:
sayangnya, tidak jambatan seperti jambatan pulau pinang. kalau tidak anda boleh terus memandu ke pdg matsirat. jumpa tok empat di sana.... :-)
kalau masuk langkawi, terlajak tiga hari percutian anda di langkawi....
Tu ler dok rancang nk ke Langkawi, masih tak menjadi lagik. Huuwaaa :(
Post a Comment