Thursday, February 18, 2010

AIR DAN KERTAS

Baru-baru ini saya menerima satu e-mel daripada adik tentang jumlah air bersih yang digunakan untuk menghasilkan helaian kertas. Wah, sungguh banyak air yang digunakan, sedangkan air merupakan makhluk Tuhan yang tiada tolok bandingannya, amat berharga sekali. Tiada air, bererti seluruh makhluk Tuhan yang lain akan mati.

Setelah membacanya, saya mula menghitung pembaziran kertas selama ini. Lebih-lebih lagi dalam industri penerbitan buku yang majikan saya ceburi. Setiap hari berpuluh (mungkin juga ratusan) keping dan helai kertas digunakan terpaksa dibazirkan.

Untuk kerja-kerja membaca pruf sahaja, galei yang dihasilkan untuk setiap judul buku tidak kurang daripada tiga kali bagi memastikan teks bebas daripada kesalahan. Sebagai penerbit kami semahu-mahunya mencapai kesalahan sifar, mahu bebas daripada typo error.

Perhatikan fakta info ini:

Untuk menghasilkan SEHELAI kertas bersaiz A4, sejumlah 10 liter air bersih digunakan.

Untuk menghasilkan kertas berkualiti tinggi pula memerlukan air yang sangat banyak. Seribu kilogram kertas memerlukan minimum 10 000 gelen air, iaitu kira-kira 38 000 liter.

Katakan berat sehelai kertas A4 ialah 5gm, minimum 200ml air diperlukan.
Bukankah air bersih amat bernilai? Lebih-lebih lagi pada musim kemarau, malah sesetengah negara bekalan air bersih pun tiada untuk diminum, apatah lagi untuk kegunaan lain.
We all know how precious clean water is! Please reduce the usage of paper and save our Earth! Itu pesanannya.
Saya kini, mula menghargai kertas (reduce, recycle, reuse).

8 comments:

poj said...
This comment has been removed by the author.
poj said...

betul tu.. bazir banyak kertas, nanti nk usahakan guna satu software ni yg tak perlukan kertas lagik! tapi pihak editorial yg perlu mahir guna software tu.. menjimatkan masa & menyenangkan kerja2 DTP (terutamanya)... hehehe

SURAIYA PAUZI said...

poj:

hingga kini cara terbaik mencari kesalahan ialah tanda pada kertas sebagaimana established publisher buat. Kalau pruf kt monitor kebarangkalian berlaku 'over look' kesalahan sgt tinggi.

Anonymous said...

Fakta berkenaan kertas:
http://www.id2.ca/downloads/eco-design-paper-facts.pdf

Unknown said...

sesungguhnya saya juga sudah bbrp tahun kebelakangan ni cuba utk mempraktikkan 3R (reduce, reuse, recycle)...cumanya adakalanya geram bila kaum keluarga sdn payah nak faham dan menerapkan usaha 'save the planet'.

SURAIYA PAUZI said...

Takpalah Intan, aku pun sama. Sekrg kt rmh sampah2 yg diorg buang kita dgn mujahadahnya asing2kan, plastik, tin, kertas.

Aku gi kedai pn bw beg sendiri. Kalu beli sikit, slalu ckp kt org kedai tu, x yah plastik.

Moga usaha kita tu ada nilaiannya di sisi Tuhan.

Mommy Lyna said...

terima kasih kak kerana info untuk taska hasanah.

boleh kita berutus email? sebab saya nak cakap2 dengan ibu/bapa yang hantar anaknya ke situ :)

terima kasih..

mommy@fahry.net

SURAIYA PAUZI said...

Mommy Lyana,

Sila ke FB sy. 4 ur info, x da apa sgt nk disembangkn. Sama je dgn tadika2 lain yg berdaftar. Sistem lbh krg. Cikgu juga terlatih sama dgn tadika2 lain.