Tuesday, December 29, 2009

LAIN TAPI SAMA

Mari kita lihat beberapa barangan atau produk yang sama tetapi berlainan jenama, tetapi kita memberinya nama jenama yang sama.

Apa-apa mi segera disebut MAGGI.
Apa-apa ubat gigi disebut COLGATE.
Apa-apa marjerin disebut PLANTA.
Apa-apa instant coffee disebut NESCAFE.
Apa-apa bekas makanan disebut TUPPERWARE.
Apa-apa penyedut hampa gas disebut HOOVER (terapply di UK).
Apa-apa pita pelekat disebut SELLOTAPE.
Apa-apa kelalang disebut THERMOS.
Apa-apa minyak rambut disebut CODE 10 atau BRYLCREAM.
Apa-apa cecair pemadam disebut LIQUID PAPER.
Apa-apa mesin fotokopi disebut XEROX (suatu ketika dulu).
Apa-apa ubat kumur disebut LISTERINE.
Apa-apa tuala wanita disebut MODESS (once upon a time).
Apa-apa bijirin serbuk disebut NESTUM.
Apa-apa pengilat logam disebut BRASSO.
Apa-apa penyembur racun serangga disebut RIDSECT.

Rasa-Rasanya ada lagi beberapa produk lain yang saya terlupa. Bolehlah anda senaraikan lagi!

Monday, December 28, 2009

UNDANGAN PERKAHWINAN & EKSPO BATIK



Saya percaya ramai di kalangan anda banyak menerima undangan perkahwinan sepanjang cuti sekolah 2009, saya juga tidak ketinggalan—undangan daripada saudara-mara dan juga kenalan.

Satu daripada undangan itu saya terima daripada sepupu yang berpangkat VIP, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir (orang nombor dua dalam TUDM) dan isterinya Datin Seri Maimun—mengundang saya dan suami ke majlis perkahwinan anak lelaki mereka.

Saya meneliti perjalanan atur cara majlis. Wah, ada tetamu kerabat diraja.

“Alamak, ada royalty! Ini tentunya majlis formal,” ulas saya dalam hati.

Maka, undangan ini terpaksalah saya ketepikan—tidak mahu saya merosakkan majlis rasmi seperti ini. Di mana mahu diletakkan anak?




Justeru, tempat saya dan suami diambil alih dua orang anak saudara. Biarlah mereka yang pergi bagi memenuhi meja yang telah disediakan untuk ahli keluarga saya.

Lalu pada hari tersebut saya dan suami membawa anak naik LRT ke KLCC, melawat ekspo batik yang diadakan di Pusat Konvensyen. Kakak ipar saya turut mengambil bahagian dalam ekspo ini. Kebetulan pula hari itu hari terakhir ekspo.


Sayangnya ekspo ini tidak diuar-uarkan secara besar-besaran melalui media. Sunyi, sepi. Walhal ini acara besar. Pengusaha-pengusaha batik dari pelosok tanah air berkumpul di sini (termasuk pereka fesyen terkenal tanah air Salikin) mempamerkan batik yang halus lagi seni. Daripada batik tradisional hinggalah kontemporari—cantik-cantik belaka! Harga pula berpatutan. Bagi peminat dan pencinta batik, inilah masanya untuk bershopping sakan (sepatutnya begitulah, tapi promosi ekspo ini tiada langsung, maka ramai yang tidak tahu 'maujud'nya).

“Boleh sue penganjur kalau macam ni,” saya memberitahu suami, tatkala melihat peserta-peserta ekspo duduk melangut di petak gerai masing-masing menanti pelanggan dan pengunjung.

Kalaulah PC Fair, wah bukan main lagi promosinya hinggakan bunting dan banner dinaikkan di hampir setiap ceruk Lembah Klang (hatta di sekitar perumahan saya pun). Sungguh tidak adil. Ke mana hilangnya peranan Kementerian Pelancongan? “1 Malaysia konon,” rungut saya.

Dari ekspo batik kami ke Aquaria. Kemudian membawa anak mandi di kolam KLCC hingga tidak mahu balik. Sayang pula kamera tiada kerana telah diserahkan pada adik untuk majlis perkahwinan itu.


Puas memujuk anak pulang, petang baru berjaya.

Tiba di rumah kami keletihan. Kalau mahu ke majlis perkahwinan yang diadakan pada sebelah malam itu pun, rasa-rasanya sudah tiada kudrat bersisa, namun suami saya tetap gagahkan diri ke pejabat seusai solat Asar.

Esoknya adik bercerita tentang majlis perkahwinan anak sepupu kami itu ... Sultan dan Sultanah Pahang dan Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Faris Petra telah mencemar duli turun ke majlis berkenaan.

Kepada Abang Bashir dan Kak Mun, maaflah kerana tidak pergi ke majlis anda. Apa pun selamat menerima menantu.

Kepada suami yang sentiasa sibuk, terima kasih kerana luangkan masa bawa anak jalan-jalan dan terima kasih belanja skirt batik!

Kepada Kak Anita di Perlis, maaf juga kerana tidak mampu memenuhi undangan ke majlis anakanda anda. Selamat menerima menantu juga saya ucapkan.
" ... nanti mai Peghlih (Perlis) no ... ." Begitu ujar Kak Nita semasa dia bertandang ke rumah nenek di kampung Syawal lalu.
"Insya-Allah. Kalau ada orang bawa bolehlah ..." jawab saya tidak menjanjikan apa-apa.

Selamat pengantin baru, Amirul bin Bashir dan Yasmin Cornelia bt Abdul Rahman Heinrich. Moga bahagia ke akhir hayat.


P/s Masih ada dua lagi undangan kahwin daripada kenalan yang saya hampir pasti tidak dapat penuhi (walaupun di hati teringin sekali menghadirinya). Apa pun terima kasih kerana sudi mengundang!







Wednesday, December 23, 2009

Retro 1 - WWF

Yang saya maksudkan WWF bukannya World Wildlife Fund, tetapi World Wrestling Federation.

Semasa saya di tingkatan lima, saya bersahabat baik dengan HS. Kami berkongsi rancangan TV yang sama iaitu WWF.

Ya, memang kami minat sungguh WWF pada masa itu ... eh, bukan kami aje, tapi kebanyakan orang waktu itu sangat meminati WWF dan Wrestlemania.

Benar, sekitar tahun 80-an WWF menjadi fenomena dan mania!

Maka, di rumah pada hari WWF, saya dan ayah (yang juga peminat gusti) akan tertonggok depan TV untuk menyaksikan WWF.

Wah! Menyaksikan aksi bintang-bintang WWF ini membuatkan penonton gembira (apabila yang diminati menang), geram (apabila referee tak adil), sakit hati (apabila yang jahat main tipu), puas hati (apabila yang jahat ditumpaskan).

Keesokannya, pagi-pagi dalam kelas sebelum cikgu masuk, topik saya dan HS tentulah berkisarkan WWF yang ditonton malam tadi.


Pada zaman itu, tanyalah pada peminat WWF siapa tidak kenal Hulk Hogan (paling top), Andre The Giant (ini dah k.o—mati sakit jantung), King Kong Bundy, Ricky Steamboat, Rowdy Macho Man Savage, The Ultimate Warrior, Undertaker, Rowdy Roddy Piper, Iron Sheik, Ravishing Rick Rude.

Mereka yang saya sebut di atas ialah antara superstar gusti era 80-an sebelum munculnya The Rock!


Kemudian apabila TV menyiarkan WWE (World Wrestling Entertainment), minat saya terhadap wrestling telah menyusut. Akhirnya saya tidak lagi mengikuti perkembangan wrestling di TV.

“Emmmphhh ... tak seronok dah, nampak sangat berlakon,” keluh ayah saya tiap kali menonton wrestling era kini. Apa pun minatnya masih ada cuma tidak menebal seperti dulu.

Bagi saya pula, saya kini langsung tidak minat wrestling kerana aksi-aksi yang ditonjolkan lebih bersifat lakonan, semata-mata untuk hiburan. Lakonannya melampau-lampau, malah semakin tidak berhemah lagaknya. Jika WWF dahulu, lakonannya cuma sikit-sikit (it was really fun to watch). Atau mungkin juga kerana faktor peningkatan usia menyebabkan saya tawar hati untuk menontonya.



Saya juga tidak pasti, masih adakah kini rancangan wrestling di TV? Apa pula nama programnya? Masih Smackdown lagikah? Ahh ... saya peduli apa!

(Sumber imej: www.squidoo.com)

Tuesday, December 8, 2009

WE WILL NOT GO DOWN

Listen to the song and sing along.
Sama-sama kita sumbangkan derma untuk Palestine.



WE WILL NOT GO DOWN

(Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)

Copyright 2009



A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight

People running for cover

Not knowing whether they are dead or alive



They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames

And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze



We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die



We will not go down

In Gaza tonight

Women and children alike

Murdered and massacred night after night



While the so-called leaders of countries afar

Debated on who is wrong or right

But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain



But through the tears and the blood and the pain

You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down

In the night, without a fight



You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

Friday, December 4, 2009

DINGIN SALJU INDIANA


Saya bukan peminat novel Melayu. Saya amat jarang membacanya kerana kebanyakan isu, plot dan temanya tidak menarik perhatian saya. Lagi-lagi temanya cinta, amat membosankan! Yang thrillernya pula, tidaklah se‘thriller’ mana, hambar kerana dapat dikesan elemen thrillernya tiada identiti sendiri. Banyak gaya ditiru daripada novel Inggeris. Apabila ditiru, maka nilai keasliannya menyusut beberapa puluh peratus.

Namun, sejak saya dipindahkan ke Jabatan Buku, Editor Kanan, Encik Zakaria Sungib banyak menyerahkan manuskrip, proposal dan sinopsis karya kreatif (novel) untuk saya menilainya.

Dalam banyak-banyak bahan yang diserahkan itu, ada yang langsung tidak menarik minat saya. Jika ada yang saya ‘mampu tekun’ membacanya, bererti cerita itu bagus. Bukan mudah untuk menarik minat saya!

Inilah berlaku kepada novel ‘DINGIN SALJU INDIANA’ (DSI). Wah! Saya benar-benar terpesona membacanya. Tema, isu dan konflik tidak klisĂ©. Ia menyimpang daripada norma kebanyakan karya kreatif yang diserahkan kepada saya!

Sekalung tahniah kepada penulisnya Puan Nurulsham Saidin yang berjaya menghasilkan sebuah karya kreatif dengan begitu baik. Lebih mengejutkan saya, ini merupakan novel pertama beliau. Saya bagaikan tidak percaya apabila Encik Zakaria memberitahu bahawa DSI adalah hasil seorang ibu beranak tujuh dan merupakan seorang surirumah. Penulisnya belum ada pengalaman menulis novel sebelum ini. Berani saya katakan, DSI sebuah karya yang baik, malah lebih baik berbanding karya-karya novelis yang sudah punya pengalaman.

Apa yang ditulis benar-benar lahir daripada hati. Bukan dipaksa-paksa! Bahasanya mudah. Plotnya cepat. Isu-isu keagamaan yang sensitif pun mampu digarap dengan baik. Bak kata En. Zakaria, kisah DSI umpama kepingan jigsaw puzzle yang bercantum dengan baik akhirnya.

Encik Zakaria menyerahkan DSI kepada saya sebanyak empat kali. Maka empat kalilah saya terpaksa mengulang baca. Walaupun empat kali, saya tidak jemu membacanya berbanding kisah-kisah lain. Pertama kali beliau meminta saya menilai dan memberi ulasan. Kali kedua kami gotong-royong membuat pembetulan kerana ‘deadline’ yang semakin menghimpit. Teksnya dibahagi-bahagikan sesama kami. Kali ketiga Encik Zakaria menyerahkan kepada saya keseluruhan teks untuk diselaraskan penyuntingan. Kali keempat untuk bacaan pruf (ampun maaf kepada penulis sekiranya masih ada ‘typo error’ selepas ini).

Salah satu perkara yang menyebabkan saya sukakan DSI ini kerana latar tempatnya. Mengingatkan pada pengalaman sendiri sewaktu mengikut ayah melanjutkan pengajian di bumi empat musim. Sebagaimana terujanya watak-watak DSI pertama kali melihat dan bermain salji, begitulah juga terujanya saya sewaktu pengalaman pertama melihat bumi Sturry diselimuti salji. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana ayah masuk ke bilik mengejutkan saya dan kakak (yang berkongsi bilik) daripada tidur supaya menjenguk tingkap melihat salji memutih di laman belakang rumah. Lalu kami menyarung pakaian tebal untuk ‘merasai’ salji di luar. Apatah lagi waktu itu usia masih kanak-kanak, seronok tiada tara!

Maka, apabila watak-watak DSI teruja dengan salji. Saya juga turut teruja, seolah-olah saya turut berada di bumi Indiana bermain salji!

Ya memang indah bumi empat musim sebagaimana yang dipaparkan dalam DSI.

Judul asal DSI yang diberi penulis ialah BERPIJAK DI BUMI RAPUH. Kami dapati, judul itu kurang nilai komersial. Maka Pengurus Jabatan Buku, En. Wan Azmin meminta saya memikirkan judul lain.

Saya menyenaraikan hampir 20 judul. Satu daripada judul itu ialah CINTA SEDINGIN SALJU INDIANA. Cinta yang saya maksudkan itu bukan cinta murahan antara teruna dan dara, Adam dan Hawa, tetapi lebih kepada cinta sesama insan (ibu, ayah, teman, sahabat, agama, budaya dan jati diri).

Nampaknya En. Wan tertarik dengan judul CINTA SEDINGIN SALJU INDIANA. Beliau kemudian memendek dan mengemaskannya menjadi DINGIN SAJLU INDIANA. Saya juga lebih menyukai judul yang telah diperkemaskan ini—DSI. Lebih pendek dan mudah disebut.

Saya difahamkan oleh En. Zakaria bahawa bahan cerita DSI ini, 70 peratus daripadanya berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Barangkali inilah penyebab utama yang menjadikan DSI hidup dari segi watak dan latarnya.

Saya amat menyarankan kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pengajian ke bumi asing, bacalah DSI sebagai pedoman. Banyak tarbiah di dalamnya yang boleh dijadikan sempadan hidup sepanjang jihad anda menuntut ilmu di perantauan—bagaimana kejutan budaya serta bisikan syaitan mampu meranapkan iman seorang Muslim. Justeru, bakal-bakal pelajar pengajian tinggi sangat wajar membaca DSI agar anda tidak tewas di bumi nan rapuh yang bakal anda jejaki!

Saya kategorikan DSI sebagai ‘MUST READ’!


p/s – Malang! Saya tidak berminat menulis novel. Jika tidak, pengalaman memijak beberapa negara orang, bisa saya jadikan latar menarik untuk novel saya.