"Isk, kenapa tak boleh buka pulak ni," saya merungut sendirian cuba membuka pintu kereta dengan kunci. Sudah lama saya tidak gunakan kunci autonya. Kunci secara manual.
Kemudian saya cuba pula membuka dari pintu sebelah. Manalah tau kot-kot pintu yang ini 'jam'. Tapi, gagal juga. Kunci masuk separuh sahaja. Tidak lama kemudian, penggeranya bunyi, bingit sekali. Tetiba, penggeranya senyap seperti ada yang menekan punat kunci auto. Lama saya memerhati kereta. Mencari punca dan macam mana penggeranya boleh mati sendiri.
"Laaa, bukan kereta aku rupanya ..." Kwang ... kwang. Isk, malunya aku.
Di penjuru kedai, seorang tomboy Cina berkemeja hitam mengangkat tangan sambil tersengih kepada saya kelucuan. Saya membalas lambaiannya, baru ternampak kereta sendiri dan berjalan ke tempat yang betul. Saya menepuk dahi dan menuding jari ke arah kereta saya kepada tomboy itu sebagai isyarat menyatakan maaf dan menyatakan tersalah kereta. Bertambah lebar sengihnya.
Mujur dia sengih, bukan marah.
Warna kereta sama, nama sama, keadaan di dalam kereta pun sama. Di tempat penumpang sebelah pemandu saya letakkan beg hitam saya. Dia pun, ada beg hitam di sebelah. Mahunya tak tertukar.
Ini bukan kali pertama saya tertukar kereta, tapi tidaklah sampai sempat saya menjolok anak kunci ke pintu. Saya terkadang tidak peka di mana petak saya memarkirkan kereta. Asal letak betul, dan terus cabut. Dan saya juga tidak pernah memeriksa nombor pendaftaran sama ada milik saya atau sebaliknya. Asal betul jenis dan warna saja.
Nampaknya saya perlu tukar warna kereta memandangkan warna sekarang dan jenisnya pula banyak kedapatan di sana sini.
2 comments:
hehehe,(sambil senyum memanjang kala membaca entri ini), benarlah bila dah berusia memang kita menjadi "pelupa" sebab mengejar masa, dan memikirkan banyak perkara.
hmm, bukan tukar warna, mahu ditukar kereta baharu dan jenama lain, hahaha;-)
Dr K,
Kereta saya tu takkan ditukar sampai bila-bila. Sayang, hadiah kahwin daripada mak mentua.
Post a Comment