Suatu ketika tidak lama dulu, rumah saya sering dimasuki tikus. Pelbagai jenis perangkap dan racun digunakan. Ada yang kena, ada yang terlepas. Yang terlepas ini memang licik, perangkap dapat dielaknya.
Suatu hari, perangkap gam yang saya letak berhampiran mesin basuh kelihatan bergerak-gerak.
"Kena juga engkau akhirnya ya," saya menghampirinya. "Yikes! Nate gapodio pulok ni ... ."
Bukannya tikus yang kena, tapi binatang lain. Nak dikatakan mengkarung tidak juga, nak dikatakan biawak, jauh sekali, yang pasti ia spesies reptilia.
Lalu, saya membungkus perangkap dan mangsanya itu dengan surat khabar lama dan terus membuangnya sebelum anak saya nampak, akan dicucuk-cucuknya nanti sebagaimana dia pernah mencucuk tikus dengan lidi. Lagipun aspek hygiene perlu diutamakan.
Pada suatu hari saya membelek majalah Mastika di rumah ayah. Laaaa, binatang inilah yang kena perangkap gam itu. Sebijik gambarnya. Cicak tokek rupanya, yang menjadi kegilaan masyarakat kita hari ini mencarinya. Tidaklah saya tahu.
Rupa-rupanya harga seekor cicak tokek boleh mencecah puluhan ribu ringgit malah yang cukup dewasa (sebesar biawak) mencecah angka juta, lebih mahal daripada harga emas.
Cicak ini dikatakan boleh digunakan untuk penawar HIV/AIDS dan menguatkan tenaga batin lelaki. "Ceh ... macam dah tak ada ubat lain kat dunia ni," rungut saya ketika membacanya.
Dek kerana khuatir akan pupus kerana menjadi buruan manusia, khabarnya cicak tokek akan diisytihar sebagai haiwan terpelihara.
Hui ... kalaulah saya tahu nilainya, rasanya tidaklah selamba saya membuangnya. Tentu dah kaya-raya. Hasil jualannya akan saya beli beberapa keping dinar emas untuk simpanan hari tua (dah tua pun).
Eh, tunggu ... itu cuma bayangan di minda sahaja. Kembali ke alam nyata .... saya sekali-kali tidak akan menjualnya jikalaupun pada waktu itu saya tahu nilainya. Ini kerana sebagai orang Islam kita dianjurkan membunuh cicak!
1 comment:
Assalamualaikum...Sue,
Kelakarlah baca post ni. Cerita cicak ni dah lama jugak.
Aku heran sbb selama bertahun-tahun pergi ke pet shops, aku selalu ponder 'siapalah org2 yg minat nak bela cicak2 ni?'...harga puluh ringgit aje dan yang paling mahal mungkin seratus setenggah, itupun pet shop kat shopping complex high class.
Tapi semenjak cerita cicak tu boleh menyembuhkan penyakit, harga jualan melambung naik sampai tiga empat ratus. Giler...betul!
Peh tu, minggu ni...kementerian keluarkan kenyataan, kena mohon lesen untuk bela cicak tu. Aduhai!
Kesimpulannya, aku sokong kau...sebagai org Islam, kita dianjurkan 'membunuh cicak' tak kiralah species apa pun.
Wassalam.
Post a Comment